ORANG MUDA a.k.a PENGUNDI MUDA

“The issue environment, at present, hovers around three issues: the war in Iraq, health care, and the economy and pocket book issues. All together, young people focus on these issues at a very personal level (can I get health care, can I afford health care) and on a broader level that pertains their family (health care, the economy, college for friends and family) and the country as a whole (the war).” (Rock the vote 2007).

 

Tom Christiano (2006) menjelaskan, demokrasi adalah seperti berikut: the term “democracy,” is a method of group decision making characterized by a kind of equality among the participants at an essential stage of the collective decision making.  Kebebasan mutlak adalah tunggak demokrasi yang paling penting (Al-Anbariy 2008). Demokrasi telah membuka suatu ruang; bukan sahaja untuk orang muda, malahan untuk rakyat secara keseluruhannya. Ruang ini adalah untuk menyatakan hasrat (bersuara) dan mereka ini mempunyai hak untuk mengundi, secara langsung mempunyai hak untuk memilih calon pemimpin bagi mewakili mereka dan menerajui negara.

Orang muda terkenal dengan sikap agresif dan bertenaga, pendesak, lantang dalam menyuarakan pendapat, keras kepala, dan sebagainya. Mereka ini berada di tengah-tengah masyarakat dan memainkan fungsi-fungsi mereka dalam kelompoknya. Sekiranya umur pengundi muda ini berada di antara 21 tahun hingga 39 tahun, maka kita ketahui bahawa, mereka ini adalah merupakan dari kalangan pelajar atau mahasiswa, ibu atau bapa muda, dan pekerja kelas pertengahan atau sokongan yang berpendapatan sederhana.

Wajah sebuah kehidupan manusia yang berjaya diterjemahkan Barat melalui gerakan romantism yang bermula sekitar abad ke-18, telah mempengaruhi dan membentuk suatu budaya lokal yang berorientasikan material. Kekayaan dalam bentuk material adalah dogma masyarakat yang dibentuk. Kapitalisme adalah pendorong kepada hasrat tersebut. Sehinggakan ia tidak boleh dikawal oleh sistem yang sememangnya berpaksikan kepada kebebasan menurut konsepsi mereka sendiri. Dan seterusnya penjajahan ke atas sesebuah negara merupakan jalan pintas untuk memendekkan usaha ke arah penyeragaman hasrat pemikiran tersebut. Apa sahaja yang dicipta, sememangnya mempunyai tujuan (purpose) dan fungsi. Dan setiap usaha yang dijanakan dahulu, hari ini adalah hasilnya. Maka hasil adalah jawaban kepada setiap persoalan yang wujud. Dunia pada hari ini adalah dunia material. Kejayaan diukur dengan berapa banyaknya wang berjaya dikumpulkan atau dapat dibelanjakan, sebesar manakah rumah mampu dimiliki, kereta jenis apakah yang mampu dipandu. Disebabkan oleh interpretation yang jumud atau narrow mind set, maka golongan ini terpaksa bersaing untuk tujuan yang sama, iaitu ‘kejayaan’ seperti yang dinyatakan di atas dan secara tidak langsung mereka ini bersikap mementingkan diri sendiri. Maka wujudlah ruang-ruang lain untuk mereka yang tidak berjaya; yang tersisih; yang mencemburui ‘kejayaan’ kelompok yang lagi satu, dengan selogan menuntut keadilan daripada kerajaan.

Sekiranya kita dapat bertanya kepada seorang atau kebanyakan para mahasiswa tempatan, tentang apakah yang mereka khuatir setelah berjaya menamatkan pengajian mereka kelak, sudah pasti jawab mereka adalah pengangguran atau pekerjaan tidak seperti apa yang diimpikan. Dalam hal ini, pihak kerajaan dilihat gagal untuk memenuhi kehendak dan keperluan mereka, walau pun pihak kerajaan menyangkal dakwaan tersebut. Meski pun ada dikalangan mereka yang bekerja, namun pendapatan bulanan masih lagi tidak mencukupi keperluan dan kehendak hidup yang diharapkan. Selama mereka bersekolah sehingga ke universiti, segala sesuatunya diatur dan dipimpin oleh kerajaan, tetapi setelah mereka menamatkan pengajian, mereka terpaksa menentukan haluan hidup sendiri. Inilah permasalahan dan juga merupakan isu yang hangat dikalangan orang muda dalam kelompok ini.

Setelah sampai masa, orang muda itu tadi perlu berkahwin dan seterusnya mempunyai hasrat untuk mempunyai anak. Dengan hasil pendapatan bulanan yang hanya ‘cukup-cukup makan’, sekali lagi kewangan menjadi masalah yang mungkin tidak pernah selesai; yang mana mereka ini menuntut untuk mendapatkan ruang keadilan dan pembelaan. Rungutan terhadap sistem cukai baru yang akan diperkenalkan oleh kerajaan, rungutan kenaikan harga petrol yang membawa kepada kenaikan harga barang, kos sara hidup diri dan keluarga meningkat, dan pelbagai-bagai rungutan lain yang mendesak kerajaan agar membantu dan membela mereka.

Inilah situasi sebenar ‘orang muda’ pada hari ini; yang akhirnya akan menterjemahkan emosi dan suara mereka melalui peti undi dalam pilihan raya. Mereka mengharapkan sesuatu perubahan terhadap masa depan mereka generasi seterusnya. Sementara kerajaan terus ingin mendodoikan golongan ini dengan pembangunan negara yang sebenarnya menguntungkan sekelompok pihak tertentu sahaja. Maka lahirlah kelompok yang menentang kerajaan demi harapan baru.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: