Prolog

Kehidupan adalah seperti yang kita fikirkan. 

Ya, ungkapan itu selalu kita dengar.  Umat dunia pada waktu ini adalah kurang lebih 7 bilion jumlahnya.  Dunia semakin sempit dan padat; bukan sahaja dengan umat atau penghuninya, malah dengan pembangunan yang dimajukan oleh setiap negara dunia.  Persoalannya, apakah kehidupan yang kita ertikan?  Bagaimanakah corak kehidupan yang kita gambarkan? Adakah (atas dasar kebebasan berfikir) kita berhak atau layak untuk membuat tafsiran kehidupan sendirian?  

Kita tahu dan kita faham sesuatu perkara adalah dua perkara yang berbeza.  Tahu belum tentu kita faham, tetapi berbeza apabila kita faham sesuatu perkara.  Kerana terdapat satu proses fikir di situ. Untuk mendapat kepastian.   Tetapi kebiasaannya, kita tidak banyak berfikir tentangnya.  Kita takut untuk berfikir di luar kemampuan fikiran.  Kerana fikiran kita telah dimatikan dengan aturan-aturan salah oleh pemerintah, dengan prinsip-prinsip palsu yang membekukan pemikiran kita.  Tetapi tidak dinafikan bahawa tingkat akal di antara kita sesama manusia berbeza-beza.  Hamka (2002) ada menjelaskan bahawa tidaklah akan didapati dua manusia yang sama jalan kehidupannya dan tidak pula sama kekuatan badan dan akalnya.  Tiap orang mempunyai kekuatan sendiri, berlainan akalnya sebagaimana berlainan bentuk badannya.  Maka dengan sebab itu, seseorang yang berkelayakan dan berkemampuan, menjadi pemimpin di antara yang lainnya.  Kerana adalah mustahil 7 bilion umat manusia menjadi pemimpin.  Begitu mustahil juga 7 bilion umat manusia menjadi doktor, peguam, mekanik, dan sebagainya. 

Apa yang cuba ditegaskan di sini, setiap umat manusia agar dapat menjalankan fungsi kehidupan.  Seorang pemimpin menjalankan fungsi sebagai pemimpin umat.  Seorang doktor menjalankan fungsi sebagai seseorang yang merawat pesakit.  Seorang mekanik menjalankan fungsi sebagai seseorang yang boleh membaiki mesin atau motor.  Seorang guru menjalankan fungsi sebagai pendidik.  Dan begitu selainnya.  Tetapi untuk tujuan apa mereka atau kita menjalankan fungsi-fungsi tersebut?  Maka, tujuan di sinilah punca kita kembali memikirkan untuk apa kita hidup.  Adakah sekadar untuk survival? 

Melihat situasi negara ketika ini, begitu banyak unsur kebencian dan unsur perpecahan dikalangan kita.  Atas dasar kebebasan, kita telah menggadaikan kehidupan yang baik.  Lahirnya seorang bayi, diibaratkan seperti kain putih.  Ya, itu semua kita tahu.  Namun, siapa pula yang mencorakkan kain putih itu?  Adakah bayi (kain putih)  itu tadi yang mencorakkan dirinya sendiri? Dan untuk tujuan apa pula kain putih itu?  Jadi, sekiranya bayi itu tadi membesar dan membuat salah, adakah perlu dia dipersalahkan?  Kenapa?

Oleh sebab itu, seseorang individu (umat) perlu menjalankan fungsi dengan sebaik-baiknya untuk mencapai tujuan dan matlamat bersama iaitu bahagia.  Ya, bahagia adalah tujuan semua (umat) yang bersifat universal.  Pasti, kita semua mengejar tujuan yang sama, iaitu bahagia.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: