Orang Muda, tetaplah BERSATU…!!!

Situasi politik negara pada waktu ini agak serabut. Mereka (parti-parti politik) sedang sibuk untuk memenangi hati rakyat, terutama kita Orang Muda untuk menang dalam PRU-13 tidak lama lagi. Ya, kita Orang Muda.

Walau di mana kita berada; dalam keadaan sukar mahu pun senang; sambil bersenda dan bergurau; bermain dan ketawa, kita harus memikirkan apakah yang bakal berlaku akan datang.  Ada masa-masanya kita berfikir tentang itu.  Bosankan?  Ya, tetapi lebih membosankan bila kita membaca masalah-masalah dan isu-isu semasa yang sama setiap hari, yang entah sampai bila hendak di lagukan.  Akhirnya nanti merugikan kita semua.

Kita berhak menentukan apakah corak masa depan yang kita mahukan.  Apakah corak kehidupan yang kita inginkan.  Tetapi dengan hanya memeluk tubuh, ia akan hanya menjadi angan-angan kosong.  Jangan nanti kita merungut mengeluh apabila ‘nasi telah menjadi bubur’.  Sekurang-kurangnya (sekarang dan saat ini) kita mula mengambil tahu tentang perkembangan negara.  Dan belajar, belajar, dan belajar.  Persoalannya, adakah kita mahu pihak (orang) lain menentukan masa depan kita?  Bagi saya, ia tidak akan dibenarkan sama sekali.

Kemunculan blog ini adalah diharapkan menjadi platfom yang terbaik untuk Orang Muda (tidak kira latar belakang bangsa mahu pun kepercayaan) bersama-sama berganding bahu membincangkan segala perihal negara.  Kerana negara ini memerlukan penyatuan kita semua.  Tidak ada kepentingan mana-mana parti politik.  Kerana misi utamanya amat jelas adalah untuk menyatukan kita semua, terutamanya Orang Muda, supaya berada dalam barisan yang berdiri kukuh.  Dan kita maju bersama, demi negara tercinta.

Perbezaan pendapat tidak mengapa.  Kita (termasuk saya) akan belajar menanganinya dengan sebaik mungkin.  Kerana, akhirnya nanti ia akan menemukan hasil yang dapat kita rasakan bersama.  Dan kita akan membudayakannya cara ini. 

Jadi, Orang Muda harus bangkit dan bangun daripada tidur.  Lihat dunia yang luas ini, dan tanyakan diri kita, apakah yang boleh kita sumbangkan untuk kebaikan negara tercinta. 

Jadi ayuh, dengan satu semangat dan nada suara, kita seiring dan sejalan menuju ke suatu destinasi kehidupan yang kita lakarkannya di sini dan di saat ini.  Kerana masa mencemburui kita. 

ORANG MUDA, TETAPLAH BERSATU…!!!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: