‘Unity Is Our Mission’

‘Bersatu’ – itulah mesej yang ingin disampaikan.  Dan diulang-ulang, agar setiap tindakan kita mesti berpaksikan penyatuan.  Ya, mari bersatu.

Sebenarnya, saya ingin menceritakan sedikit tentang signifikan ‘Unity is Our Mission’ menjadi tajuk dalam artikal ini. Ia merupakan satu slogan yang digunakan oleh saya sendiri dan rakan-rakan dalam penganjuran sebuah konsert mini (gigs) pada sekitar tahun 1998 di selatan tanah air.  Pada waktu itu, rata-rata dikalangan kami masih muda remaja.  Idea penggunaannya adalah rentetan ketika itu terdapat kelompok-kelompok muzik yang berbeza-beza pandangan, fahaman, ideologi, gaya, dan genre muzik dikalangan kami tentang apa yang diperjuangkan.  Memang lucu, saya (malah kawan-kawan) juga pasti tertawa sendiri apabila mengenangkan saat itu.  Dan kami berjaya mengumpulkan kelompok-kelompok tersebut di satu pentas yang sama.  Kami menyanyi bersama.  Kami duduk berbincang berkongsi pandangan, makan dan minum, bersenda gurau bersama.  Misi kami berjaya.

‘Dua hati yang bersatu mampu memotong logam’ adalah merupakan pepatah Cina.  Begitulah yang cuba digambarkan betapa kuat dan hebatnya andai dua hati itu dapat disatukan. 

Tidak dinafikan, kita punya perspektif yang berbeza-beza dalam menerangkan sesuatu, dalam mendefinisikan sesuatu, atau dalam apa jua yang kita lakukan.  Tetapi dalam soal atau dalam konteks bernegara, soal penyatuan ini tidak boleh dianggap sebagai perkara remeh, dan boleh dipandang ringan.  Ini soal perpaduan (dalam konteks yang lebih besar antara kaum).  Ini soal survival.  Ia adalah syarat wajib dalam membentuk sesebuah negara.  Apakah ada dikalangan kita, sanggup menggadaikan negara atas dasar ingin memperjuangkan kebebasan?  Atas dasar ingin memperjuangkan hak?  Semua orang punya kebebasan, punya hak.  Jadi bagaimana?  Kita mahu terus menerus melaungkan slogan hak atau kebebasan tersebut?  Boleh, sekiranya kita ingin kembali ke era sekitar tahun 1948.  Muktamat.

Jangan tertipu dengan pencaturan politik yang nyata merugikan kita semua.  Tak perlu nak melayan tuntutan-tuntutan pemusnah kesejahteraan negara.  Dan tak perlu membuangkan masa kita di situ, digelanggang yang sama.  Demi negara yang kita cinta ini.  Kita perlu bijak menilai sesuatu isu dengan hikmah, bukan dengan membabi buta.  Menyokong atau membantah tanpa berfikir.  Harapkan pagar, pagar makan padi.  Menang sorak kampung tergadai.  Jangan kerana kita sayangkan seseorang, kita ketepikan sejumlah ramai yang lain.  Bukankah sudah ada perjanjian sosial yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, dan ia telah dipersetujui oleh semua dikalangan kita.  Bukankah strategi untuk memecah belah kita ini sengaja dilancarkan?  Supaya kita lemah.  Suara kita tidak didengari.  Tidakkah kita terfikir, dan berfikir? 

Kita perhatikan petikan teks pidato Jamaludin al Afgani (1838-1897) seperti berikut:

“Seandainya jumlah kamu yang beratus-ratus juta ini, ditakdirkan menjadi lalat dan nyamuk sekalipun, nescaya kamu akan dapat memekakkan telinga-telinga orang Inggeris dengan suara kamu. Seandainya kamu ditakdirkan menjadi labi-labi atau penyu sekalipun, lalu kamu berenang ke tanah Inggeris, bilangan kamu yang seramai ini akan dapat mengepung dan menenggelamkan tanah Inggeris. Kamu akan pulang ke India dalam keadaan selamat.”

Mesej yang sama cuba disampaikan – BERSATU.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: