“Kenalilah Dirimu.” Socrates (469 BC–399 BC).

Kenalilah dirimu.  Mudah, ringkas, padat, tetapi mempunyai maksud yang amat besar sekali sekiranya kita berfikir. 

Bagi menjelaskan petikan kata-kata Socrates tersebut, Dr Sidney Newton Bremer ada huraiannya.  Beliau menyatakan, hari ini, kita boleh dilahirkan kembali, kalau kita berkemampuan untuk mengenali diri kita sebenarnya.  Tambah beliau, kita adalah orang yang paling penting di dunia ini.  Kebanyakan orang belum menemui fakta mengenai diri mereka.  Manusia pada umumnya menghabiskan hari-hari mereka tanpa mengetahui diri mereka yang sebenarnya.

Sementara itu, Hamka (1908-1981) ada menyatakan, bukanlah pada muka, pada suara, dan pada langkah kaki sahaja dapat mengenal seseorang, bahkan sejak dalam rahim ibu sudah nyata berlainan aliran hidup itu.  Tiap anak lahir ke dunia menggigit jarinya, tetapi bentuknya telah dapat dibezakan dengan anak yang lain.  Tentu sahaja otaknya pun demikian pula.  Tambah beliau lagi, di dalam otak itu terdapat tidak kurang 180 juta sel halus yang tidak dapat dilihat satu persatu kalau tidak dengan mikroskop.  Tiap-tiapnya terbahagi kepada beberapa tumpukan berhubungan dengan tumpukan yang lain, ia mempunyai pusat pertemuan yang tidak ubahnya dengan alat pendengar menerima suara yang ada dalam telefon.  Ada satu bahagian yang menerima hubungan dari telinga, dari mata, dari hidung dan kaki, tangan dan lainnya.  Sedang yang jadi pusatnya ialah benak (otak) itu sendiri.

Disamping itu, Dr. Bremer juga menjelaskan, cendekiawan dan ahli psikologi mengungkapkan bahawa rata-rata orang hanya menggunakan sebahagian kecil potensi akalnya.  Secara umum dapat dikatakan bahawa potensi yang digunakan hanya sekitar 3% hingga 10%.  Dan akhirnya beliau menyatakan, apabila kita telah berhadapan dengan permulaan penemuan ini, kita tidak lagi berpuas hati dengan hanya menumpang pada lautan kehidupan yang penuh badai ini.  Sebaliknya, kita akan terus mencari dan mencari kejayaan, kebahagiaan dan kedamaian batin.

Jadi, kenalilah dirimu orang muda.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: