Pemuda MCA Lulus 14 Resolusi

(mStar) – Perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA ke-46 pada Sabtu meluluskan 14 resolusi dengan merangkumi empat bidang utama di bawah usul hal ehwal parti, politik, ekonomi serta pendidikan.

Resolusi tersebut dibentangkan oleh timbalan speaker mesyuarat itu, Gan Ping Sieu, sebelum diluluskan secara sebulat suara oleh 888 perwakilan pusat yang menghadiri perhimpunan itu di Wisma MCA di sini.

Antara usul yang diluluskan oleh perwakilan ialah menggesa kerajaan merangka garis panduan baru bagi mewujudkan sistem insentif dan hukuman terhadap semua petugas awam.

Mengikut sistem itu, kerajaan mempunyai kuasa untuk mengambil dan menyingkirkan petugas awam bagi membendung rasuah, salah guna kuasa dan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan.

Bagi hal ehwal parti, perwakilan juga bersetuju menyokong penuh terhadap kepimpinan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai presiden parti dan timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Selain itu, memberi tumpuan keada Pelan Tindakan Lapan Perkara yang diputuskan oleh kepimpinan parti pusat serta menyatupadukan semua ahli dalam menghadapi cabaran pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Perwakilan juga meluluskan usul supaya kepimpinan parti memilih dan melatih tenaga muda dalam mewarisi kepimpinan masa depan parti.

Di samping itu, perwakilan juga meminta kerajaan mengkaji semula sukatan latihan Biro Tata Negara dengan menghapuskan kemungkinan kandungan bercorak rasis, menyemaikan semangat kesetianegaraan di kalangan semua petugas awam serta badan itu menjalankan tanggungjawabnya secara adil tanpa mengira kaum dan agama.

Perwakilan juga meluluskan resolusi supaya semua pihak tidak mempolitikkan isu perkaumanan atau sengaja mendesak pemansuhan sekolah Cina.

Mereka juga berkata Pemuda MCA akan melindungi hak asasi semua kaum dan memastikan mana-mana individu atau pertubuhan yang cuba merampas hak-hak tersebut dibawa ke muka pengadilan bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai negara ideologi kesederhanaan dan kepentingan semua warga dilindungi.

Menyokong pendirian ‘Rakyat Malaysia Didahulukan”, Pemuda MCA juga bersetuju supaya kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera terhadap kakitangan awam yang membuat kenyataan berbaur perkauman.

Mereka juga meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tegas dalam pendirian menjauhkan diri daripada pertubuhan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Pribumi Perkara Malaysia (Perkasa) bagi meredakan ketegangan antara kaum.

Dalam perkara lain, mereka juga bersetuju menyokong penuh Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi, cadangan gaji minimum serta tawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu berdasarkan meritokrasi.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: