Adakah keadilan dalam ‘Keadilan’?

Orang Muda. 

Sehari selepas Zaid Ibrahim membuat pengumuman untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden parti PKR, dan melepaskan semua jawatan yang disandangnya dalam parti, hari ini beliau telah membuat satu lagi kenyataan akhbar dalam blognya.  Berikut antara kandungan kenyataan akhbar beliau:

My vision has not wavered

Nov 9, 2010

PRESS STATEMENT

My announcement yesterday to withdraw from the contest was not meant to belittle the effort of party members and supporters in preparation of these party elections, as this is not just about my circumstance.  The truth is, these Keadilan elections are a shambles.  Hundreds of complaints have been submitted, but Anwar Ibrahim continues to deny them proper investigation.  There are over a hundred candidates who wish to see a proper and fair election process in place.  This is as much their fight as it is mine.  For it is important to remember that these issues exist and they are very real.

Yesterday, Anwar Ibrahim had demanded that proof be brought forward of election fraud and malpractices to the Central Election Committee. But this has already been done. The Central Committee is well aware of what’s going on; Anwar should stop playing politics and the pretending must stop. A summary of these malpractices have been furnished to members of the media present today.

Sambung baca di sini.

______________________________________________________

Saya ingin bertanyakan kepada para penyokong ‘keadilan’ (kalangan orang muda terutamanya) sekiranya ada yang membaca artikal ini, tentang soalan berikut:  Apakah maksud ‘keadilan’ yang anda perjuangkan selama ini?  Adakah ‘keadilan’ untuk Anwar Ibrahim? atau apa? 

Zaid Ibrahim, dalam kenyataan akhbarnya mendakwa terdapat ratusan aduan yang diterimanya sebagai bukti terhadap penyelewengan yang berlaku dalam proses pemilihan parti tersebut.  Rasuah, penipuan kertas undi… dan beliau menggesa penyiasatan menyeluruh perlu dijalankan.  Dan apabila Anwar Ibrahim (pada awalnya) telah menafikan tentang kewujudan penyelewengan tersebut, maka kita tahu bahawa proses penyiasatan tidak perlu dijalankan.  Sekiranya ‘Keadilan’ punyai prinsip ‘keadilan’, maka seharusnya kenyataan Anwar Ibrahim seperti ini, “Ya, kita akan menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap aduan penyelewengan tersebut.  Sementara keputusan pemilihan parti akan ditangguh sementara waktu.”  Maka, tidaklah isu tersebut diperbesarkan.  Jadi, mengapa perlu terus menafikan tanpa proses keadilan?  Di manakah ‘keadilan’ dalam ‘Keadilan’?  Adakah kita bersetuju bahawa ‘keadilan’ hanya untuk orang atau pihak atau perkara tertentu sahaja? 

Sementara itu, dalam satu sesi sidang akhbar, Zaid Ibrahim telah menggesa Anwar Ibrahim dan Azmin Ali supaya meletak jawatan, kerana beliau berpendapat kedua-duanya adalah punca permasalahn dalaman parti.  Anda boleh saksikan sendiri kenyataan Zaid dalam suntingan video oleh Malaysiakini berikut:

Saya ulangi persoalan – Adakah (dan di manakah) keadilan dalam ‘Keadilan’?

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: