Zaid Ibrahim Tarik Diri, Lepas Semua Jawatan Dalam PKR

Orang Muda.

Pagi ini (8 Nov 2010) kita dikejutkan dengan isu penarikan diri Zaid Ibrahim daripada terus bertanding jawatan Timbalan Presiden parti PKR, dan bukan  itu sahaja, malah beliau juga melepaskan semua jawatannya dalam parti tersebut.  Namun beliau mahu kekal sebagai ahli biasa dalam parti buat masa ini. 

Mungkin bagi sesetengah pihak, tindakan Zaid itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan buat seorang yang digelar ‘a man of principle.’  Ia telah dapat diduga pada awalnya.

Apa yang berlaku lewat kebelakangan ini; dalam parti PKR khususnya, menampakkan parti tersebut sedang berada dalam situasi yang amat sukar.   Setidak-tidaknya apa yang berlaku ini, adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku kepada sebuah parti yang inginkan pembaharuan dalam lanskap politik negara.  Saya kira, PKR usah bermimpi di siang hari untuk ke Putrajaya.  Sedang negeri yang ditadbirnya sendiri pun huru-hara, dan tidak berjaya untuk meyakinkan rakyat tentang kredibiliti juga kesediaan kepimpinan parti untuk mentadbir negara.  Isu rasuah, salah guna kuasa, dan sebagainya.  Kata orang, kalau kail panjang sejengkal, usah lautan hendak diduga.  Kalau takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai.   Menang sorak, kampung tergadai. 

Zaid Ibrahim

Zaid Ibrahim

Berbalik kepada isu Zaid Ibrahim, beliau dalam blognya pagi ini, telah membuat kenyataan media terhadap keputusannya seperti berikut:

Withdrawal from Deputy President contest
Nov 8, 2010

I wish to announce my withdrawal as a candidate from the contest of Deputy President of Parti Keadilan Rakyat and my resignation from all posts held in the party.

I was offered to join this party under the belief that I could promote enlightened and progressive politics; nurture and develop principled political values and culture that I consider indispensable to the development of democracy and good governance in this country. I was mistaken.

Over the course of the party elections, events have shown that the leadership actively condones malpractices and electoral fraud to achieve its designed objectives. I am certain that any political party with such hypocritical and false values will not be able to offer meaningful reforms to the people of this country.

I have made this decision because there is no attempt on the part of the party leadership to address the various issues of manipulation and unfair electoral practices, although these issues were raised repeatedly.

I wish to thank all the members who have supported me and placed their faith in the cause of reform. It is of utmost disappointment that I am unable to continue in this flawed election process. I remain committed to the Opposition’s cause and will continue to speak about the issues of the common people. Together, we will continue our unabated struggle towards a better government for the people.

Finally, I hope those adoring fans of Anwar Ibrahim will no longer regard me as a “spoiler” standing in the way of their march to Putrajaya. I wish them well.

<http://www.zaiduntukrakyat.com/index.php?mact=News,cntnt01,detail,0&cntnt01articleid=225&cntnt01origid=15&cntnt01returnid=80#idc-cover>

_______________________________________________________________

Pasti, penyokong PKR pada waktu ini sedang dilanda sindrom kemurungan.  Berjalan sambil melihat ke bawah.  Lesu dan tidak bermaya, kerana seseorang yang mereka angkat sebagai wira pada suatu ketika, kini tidak lagi menjadi harapan dalam parti.  Suatu tamparan hebat buat PKR.  Syabas.

Namun dalam politik, apa sahaja pun boleh berlaku.  Tidak ada keputusan yang muktamat.  Tidak ada sesuatu yang boleh dianggap keramat.  Semua boleh diubah dan berubah.  Yang pasti, Zaid Ibrahim tidak akan berhenti di situ.  Kita perlu ingat, beliau begitu lantang mengkritik dasar kerajaan sewaktu berada dalam UMNO.  Beliau begitu tegas dalam pendiriannya terhadap kerelevanan ISA, hinggakan beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai Menteri dan keluar daripada parti UMNO.  Dan hasilnya, baru-baru ini, mahkamah telah membebaskan Raja Petra Kamaruddin dan dua lagi berkenaan dengan ISA.  Setidak-tidaknya ia telah memberi kesan tidak langsung, dan pendirian Zaid itu, ternyata berasas. 

Ya, politik Zaid Ibrahim pastinya tidak berhenti di situ.  Masih ada ruang untuk beliau terus berjuang.  Ramai pengikut-pengikut beliau yang setia masih berdiri di belakang beliau.  MCLM yang baru dilancarkan oleh RPK baru-baru ini, adalah ruang terbaik buat orang seperti Zaid.  Di situ beliau akan meneruskan perjuangannya.  Kita tunggu apa yang akan berlaku sedikit masa lagi. 

“A man who was completely innocent, offered himself as a sacrifice for the good of others, including his enemies, and became the ransom of the world. It was a perfect act.” (Gandhi 1869-1948)

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: