Kuasa Ke-3: Mesej Buat KAMU, Orang Muda

Orang Muda.

Pada Isnin dan Selasa yang lepas, saya ada memberi pendapat dalam blog Dato’ Zaid, supaya langkah terbaik bagi beliau selepas ini adalah menyertai mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai landasan untuk meneruskan perjuangan.  Sebuah NGO yang berfungsi sebagai kuasa pendesak dan kuasa penentu, atau apa yang boleh kita sebut sebagai Kuasa ke-3 (the 3rd force).  Tetapi beliau, dalam sidang akhbarnya semalam menyatakan bahawa berkemungkinan besar akan menubuhkan sebuah parti baru.  Sekiranya ia benar berlaku, maka ia adalah sesuatu yang menghampakan. 

Sebelum saya meneruskan komen saya berhubung dengan perkara tersebut, elok kita baca temuduga ekslusif di antara bloger dari Malaysian Digest dengan RPK berikut:

Malaysian Digest:  Datuk Zaid Ibrahim quit the PKR poll for the No 2 post. Did you see this coming?

RPK:  Well, I didn’t think he would last because I know his character. I’ve even spoken to him when he was still in Umno. And he was not even yet made a minister at that time. And I told him, I said, “You can’t last in Umno… the way you are so outspoken and so vocal. Umno won’t be able to tolerate all you criticisms.” I said, “If you want to continue to criticise the system then you have to do it outside the political system. Because it is the political that is corrupt. How can you remain in the system and criticise the system? Either you follow the system, be part of the system or get out of the system. You can’t be within the system and be not happy with it at the same time.

I told him not to join a political party. I suggested that he set up an NGO and head it and join the civil society movement. Soon after that he was made a minister. And after he resigned as a minister, again I spoke to him and he was no more in Umno by then and I said, “Don’t join a political party… remain outside the political system and criticise it from outside.” But he decided to join PKR which we felt was the wrong move. Whether it’s PKR, PAS or DAP, Umno or whichever (party) it may be you have to toe the party line. If you don’t like it, get out.

Anda boleh baca teks keseluruhan temuramah tersebut yang disiarkan dalam MT hari ini di sini

Kuasa ke-3 ini begitu menarik minat saya untuk membincang tentangnya.  Ya, orang muda hari ini boleh menjadi sebagai kuasa ke-3 dalam konteks demokrasi di negara ini.  RPK dalam komen beliau, telah menafikan MCLM adalah kuasa ke-3.

“written by Super Admin, November 10, 2010 04:25:42

Semuaok said: I think you are misguide as well about the 3rd force. Example MCLM is not a 3rd force.

Dear Semuaok, that is exactly my point. Where in heaven’s name did I ever say that the MCLM is the Third Force? How come many, you included, jumped to that assumption? Is it because of the blinkers they are wearing? Man…you are one confused dude.”

Dan sekali lagi, kenyataan tersebut sedikit menghampakan.  Tapi tak mengapa.  Kita fikirkan apa yang boleh dilakukan.  Persoalan saya, ada apa dengan kuasa ke-3 ini?  Adakah sukar untuk membentuk kuasa ke-3 ini?  Atau adakah RPK dan Zaid Ibrahim mahu berselindung tentang idea tersebut? 

Kita tinggalkan perkara tentang RPK dan Zaid Ibrahim.  Biar saya jelaskan sedikit tentang aspirasi kuasa ke-3 menurut perspektif Orang Muda.  Kuasa ketiga bukanlah sebuah parti politik.  Ia merupakan sebuah NGO yang bertindak sebagai kuasa pendesak dan penentu sesuatu keputusan.  Tidak perlu sentuh soal Perlembagaan Persekutuan, kita hanya membuang masa dan berfikiran kebelakang jika asyik bersembang tentangnya.  Sebab apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan sudah ‘cantik’ dan ‘solid’.  Menjaga kepentingan hak semua pihak (kaum).  Tidak perlu diubah, melainkan wujud satu revolusi sistem politik.  Jadi jangan buang masa seperti politikus picisan yang sedia ada.  Lagi satu, tidak kisah sekiranya ia menyebelahi mana-mana pihak (parti), yang penting kepentingan rakyat (orang muda terutamanya) terbela dan terjaga.  Kita perlu ingat, kita bermain dalam gelanggang demokrasi.  Kita perlu tahu apa dan bagaimana rules of the game.  Dan dari situ kita akan bermula.

Undi ada ditangan kita.  Kita berhak menentukan apa sahaja dalam negara ini.  Ya, kita akan tentukan parti mana yang berhak untuk mendapatkan undi kita.  Masih ramai lagi dikalangan orang muda yang tidak mendaftar sebagai pengundi dan mengundi di pilihan raya.  Tetapi, ini semua tidak akan berlaku tanpa ada kesedaran yang membawa sokongan oleh rakyat sendiri.  Orang muda terutamanya.  Tetapi saya percaya, tidak ada suatu alasan pun yang boleh menidakkan ianya berlaku, selain anda sendiri dan kita semua.  Ya, tidak ada yang mustahil dalam dunia ini.  Apa pun boleh berlaku.  Kita boleh pastikan ianya berlaku.

Kepada orang muda, anda boleh terus tidur dibuai mimpi indah pada ketika ini.  Tetapi, sekiranya kita tidak bertindak sekarang, waktu dan saat ini, maka kelak jangan disalahkan pula tentang hal yang sudah berlaku dalam 3-5 tahun akan datang.  Jangan merungut sekiranya nasi telah menjadi bubur.  Jangan diminta saya ulangi percakapan ini.  Kerana apa yang berlaku akan datang, adalah disebabkan oleh anda sendiri yang mahukan ianya berlaku.  Dek sayangkan waktu muda yang melalaikan anda semua. 

Jadi orang muda harus bingkas bangun, renung ke luar jendela, dan fikirkan tentang apakah langkah seterusnya yang

Imej dari ilr.cornell.edu

 harus (boleh) dilakukan.  Melayu, Cina, India, malah siapa pun anda, itu tidak penting, ayuh kita bersatu.  Kita lakar wajah negara yang kita idamkan.  Kita lakar masa depan yang kita inginkan. Bersama-sama dan seirama berjalan berganding bahu menuju suatu titik bahagia.

Ayuh orang muda…!!!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: