Malaysia Alukan Pembebasan Aung San Suu Kyi

mStar – KUALA LUMPUR: Malaysia mengalu-alukan pembebasan pemimpin prodemokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata Malaysia dan negara-negara Asean yang lain selama ini sentiasa mahukan beliau dibebaskan.

“Malaysia yakin bahawa pembebasan tanpa bersyarat ke atas Aung San Suu Kyi akan meyumbang kepada usaha Myanmar untuk melakukan proses penyatuan yang akan memberi laluan kepada kestabilan, keamanan dan kemakmuran di dalam negara itu,” kata Wisma Putra.

Ia berkata Malaysia berpendapat masyarakat antarabangsa perlu memberi bantuan dan pertolongan kepada Myanmar bagi menggalakkan Myanmar melaksanakan “Pelan ke arah Demokrasi”.

Suu Kyi dibebaskan selepas tujuh tahun menjadi tahanan di rumahnya sendiri.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: