200 Orang Terlepas Penerbangan Kerana Penutupan Jambatan Pulau Pinang

mStar – GEORGE TOWN: Lebih 200 orang, kebanyakannya pelancong terlepas penerbangan apabila tiba lewat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang berikutan Jambatan Pulau Pinang ditutup untuk acara maraton tahunan.

Ramai terpaksa membatalkan rancangan percutian mereka selain terpaksa membeli tiket lebih mahal pada saat akhir bagi memastikan mereka dapat pergi destinasi masing-masing.

Pejabat The Star di Pulau Pinang dihujani dengan panggilan daripada penumpang-penumpang terbabit, termasuk antaranya mengadu kerana mereka sudah keluar lebih awal untuk ke lapangan terbang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Ahli perniagaan, Sunny Lim, 49, daripada Nibong Tebal berkata, dia meninggalkan rumah pada pukul 7 pagi bagi mengejar penerbangan ke Kuching pada pukul 9.55 pagi namun dia masih di dalam feri pada pukul 9.30 pagi.

“Saya mahu melalui jambatan tetapi terpaksa pulang semula apabila melihat lalu lintas sesak. Saya kemudiannya menuju ke terminal feri dan tepaksa menunggu lebih daripada dua jam sebelum menaiki feri.

“Saya tiada pilihan lain jadi membeli tiket RM700 ke Kuala Lumpur dan mengambil satu penerbangan lain untuk ke Kuching kerana sudah tiada lagi penerbangan terus dari Pulau Pinang ke destinasi itu,” katanya ketika ditemui di lapangan terbang.

Baca seterusnya di sini.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: