Kita Ditindas

Kita mahu the quality of living dan value for money.  Bukan peningkatan pendapatan.  Kita mahu pendapatan yang kita dapat setiap bulan dapat membayar kos-kos sara hidup.  Itu kita terjemahkan sebagai value for money dan mencapai the quality of living.  Bukan sekadar yang ‘asas-asas’ sahaja, tetapi untuk ‘keperluan kehidupan’ yang bersesuaian dengan keperluan semasa.  Tidak ada alasan mengapa kita tidak boleh, malah berhak untuk mendapatkannya. 

 

Orang Muda.

Saya tertarik dengan laporan muka depan akhbar Berita Barian hari ini bertajuk ‘Parah Bil Hospital.’  Laporan oleh Zuraidah Mohamed tersebut, antara lain membongkar permasalahan rakyat (orang muda khususnya) berkenaan hutang.  Berikut laporan oleh wartawan akhbar tersebut – Zuraidah Mohamed:

Parah bil hospital
Oleh Zuraidah Mohamed
zmohamed@bharian.com.my
2010/11/22

Ramai hutang kad kredit, bank untuk jelas kos perubatan swasta tinggi

KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.

 

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman. Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.

Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.
Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.

Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.

Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit.

Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman.

Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.

“Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang baik,” katanya.

Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

“Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.

Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh negara.

 <http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Parahbilhospital/Article/>

___________________________________________________________

Saya kira, apa yang telah dilaporkan wartawan tersebut adalah merupakan sebahagian kecil permasalahan yang membelenggu rakyat umumnya dan orang muda khususnya.  Tidak perlu saya nyatakan permasalahan-permasalahan tersebut di sini kerana realitinya dapat anda (kita) rasakan dan dapat dirumus bahawa semua itu adalah tentang permasalahan kos sara hidup yang meningkat dan membebankan – menjejaskan the quality of living atau apa yang disebut sebagai kualiti kehidupan.

Melalui topik ini, saya ingin menyentuh berkenaan dengan apa yang kita sebut sebagai the quality of living dan hubungannya dengan value for money.  Kerana keduanya saling berkaitan dan perlu diberi perhatian khusus. 

Pelan transformasi ekonomi yang dilancarkan oleh kerajaan melalui Rancangan Malaysia ke-10; yang antara lain ingin menaik taraf kehidupan rakyat dengan ukuran pendapatan tinggi menjelang tahun 2015 – pada pandangan saya ia tidak dapat membantu menyelesaikan permasalahan kos sara hidup yang membebankan.  Mengapa?

Kenaikan gaji para pekerja akan membawa kepada kenaikan kos operasi sesebuah syarikat.  Dan apabila kos tersebut meningkat, secara teorinya harga barangan atau perkhidmatan juga akan meningkat.  Dan para pekerja itu tadi pula adalah pengguna yang membeli barangan atau perkhidmatan tersebut; yang pada awalnya bersetuju dengan kenaikan kos operasi sesebuah syarikat; yang mereka perjuangkan.

The quality of living bolehlah kita katakan sebagai kebebasan daripada beban kehidupan yang segalanya harus diukur dengan wang.  Sekiranya anda punya wang yang cukup, anda boleh hidup seperti mereka yang ‘ada-ada’.  Wajah kehidupan material yang digambar melalui visual (media), telah memaksa persaingan wujud.  Bukan sahaja dikalangan pengusaha (syarikat) mahupun rakyat, malah di jabatan-jabatan kerajaan itu sendiri.  Persaingan hidup inilah yang telah memberi impak sosial dan masyarakat sebagai penentu produktiviti syarikat mahupun sesebuah organisasi yang lainnya.

Sebagai contoh, semalam kita dengar atau kita baca tentang laporan media tempatan berkenaan dengan kerajaan mengalami kerugian RM 9 bilion akibat kemalangan jalan raya.  Lagi, kita dengar dan kita baca tentang keuntungan berjuta-juta, malah ada yang mencecah berbilion ringgit oleh syarikat telekomunikasi dan bank tempatan saban tahun.  Dan kita juga dengar dan kita baca bahawa kerajaan akan menggalak, malah membantu mengukuh sektor swasta sebagai penggerak ekonomi negara.  Namun, bagaimanakah keadaan kehidupan rakyat masa ini?

‘Kos lepas’ yang terpaksa kerajaan keluarkan adalah menggadai kesejahteraan rakyat keseluruhannya.  Bagaimana? 

Seseorang lepasan sekolah menengah (rata-ratanya) memerlukan sumber kewangan (pinjaman) untuk sambung pelajaran ke IPTA/ IPTS.  Jika tidak, mereka akan tercicir dan jadilah pemandu lori, pemandu pribadi, pelayan restoran, kerani dan sebagainya.  Kemudian, setelah tamat belajar, maka pinjaman pendidikan pula perlu dibayar.  Sedang pekerjaan yang setara dengan tahap pendidikannya, masih belum tercapai.  Disebabkan itu, mereka terpaksa disenarai hitam dan tidak boleh ke luar negara.  Dalam masa yang sama, mereka ini mahu membuat persediaan untuk berumahtangga.  Jadi, perlu memikirkan soal rumah, kereta, dan keperluan lain.  Hutang pinjaman pendidikan belum dibayar lagi.

Contoh – Memiliki kereta adalah salah satu syarat untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.  Jadi terpaksalah mereka ini membeli sebuah kereta dengan bayaran bulanan beserta ‘bunga’ atau intrest yang tinggi.  Dan setelah memiliki kereta, masalah lain yang muncul, antaranya terpaksa membayar harga petrol yang tinggi, tol, caj tempat letak kereta yang melampau, dan servis kenderaan berkala. 

Kos-kos ini tidak termasuk sewa rumah atau ansuran rumah, makan dan minum, pakaian, penjagaan kesihatan, dan selainnya.  Jadi, apa rasional sekiranya pendapatan (gaji) para pekerja (rakyat) meningkat, maka kualiti hidup rakyat turut sama meningkat?  Tidak hairan, mengapa wujudnya jenayah rompak, penipuan, dan rasuah begitu menjadi-jadi.   Mencari penyelesaian dengan cara mudah.  Keadaan ini adalah realiti yang benar belaku dan mengancam kestabilan negara dan rakyat yang lainnya, tatkala negara ingin menuju status negara maju (kononnya).

Satu lagi contoh yang ingin saya minta diperhatikan secara khusus, iaitu berkenaan dengan tahap perkhidmatan jalur lebar (broadband) oleh syarikat-syarikat telekomunikasi (telcos) negara.  Kerana tahap kualiti kehidupan kita juga memerlukan aspek ini.  Akhir-akhir ini, saya perhatikan dan saya sendiri merasakan, begitu banyak rintihan oleh rakyat (dan saya sendiri) tentang tahap perkhidmatan syarikat telcos ini.  Kita disedarkan oleh banyak pihak, terutama oleh kerajaan sendiri, betapa penting kehidupan selaras dengan tingkat teknologi.  Seseorang yang tidak tahu mengguna komputer, boleh dianggap sebagai ‘buta huruf’ pada zaman ini.  Seseorang yang tidak punya perkhidmatan internet di rumah atau ditangannya, boleh dianggap outdated dan ketinggalan.  Tetapi, apa yang berlaku adalah tidak kurang merupakan suatu penindasan ke atas rakyat.  Mengapa? Kerana kita membayar sesuatu perkhidmatan yang tidak setimpal dengan caj yang dikenakan.  Dan kita tidak ada pilihan lain.  Kita membayarnya dengan rasa terpaksa.  Ada yang kata – “apa susah, kalau banyak sangat komplain, tak payah guna perkhimatan itu.  Guna saja public phone.”  Pernyataan sedemikian merupakan pernyataan seseorang yang narrow mind set.  Kerana ada hujahannya di situ.  Dan ia perlu diperbetulkan.

Ini semua tidak lebih daripada sebuah harapan dan kesedaran palsu; yang membenarkan penindasan itu berlaku.

Kita mahukan the quality of living dan value for money.  Bukan peningkatan pendapatan.  Kita mahu pendapatan yang kita dapat setiap bulan dapat membayar kos-kos sara hidup.  Itu kita terjemahkan sebagai value for money dan mencapai the quality of living.  Bukan sekadar yang ‘asas-asas’ sahaja, tetapi untuk ‘keperluan kehidupan’ yang bersesuaian dengan keperluan semasa.  Tidak ada alasan mengapa kita tidak boleh, malah berhak untuk mendapatkannya. 

Jadi, jangan dibenar penindasan ini daripada terus berlaku.  Kamu (kita) yang tentukan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: