mStar: Pemimpin Muda Jangan Terpesona Ideologi Indah – Muhyiddin

Oleh Nurul Ain Mohd Hussain.

mStar – KUALA LUMPUR: Pemimpin muda diseru supaya tidak mudah terpedaya dengan unsur negatif kumpulan-kumpulan yang berkepentingan serta membawa ideologi atau perjuangan yang indah bunyinya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemimpin muda hendaklah menggerakkan tenaga mereka ke arah mencari jalan penyelesaian terhadap isu-isu relevan yang boleh menjana kemajuan negara ini.

“Generasi muda hendaklah jangan terikat dengan kumpulan-kumpulan yang berkepentingan sendiri

walaupun kumpulan ini membawa ideologi atau perjuangan yang indah bunyinya.

“Isu-isu berkaitan agama, tahan di Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hubungan kaum dan hak asasi manusia telah dihangatkan telah dihangatkan sehingga menimbulkan ketidakseimbangan kaum di negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Pemimpin Muda Malaysia di Bangunan Parlimen pada Khamis.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Muhyiddin berkata, isu-isu yang dipolitikkan itu menimbulkan kesangsian kerana kebenarannya boleh dipertikaikan.

“Pemimpin muda jangan mudah terpedaya untuk mempercayai perjuangan yang telah dipesongkan itu.

“Mereka hendaklah pandai menilai yang mana benar dan yang mana tidak. Sesuatu kebenaran itu tidak boleh disandarkan kepada anggapan semata-mata tetapi hendaklah kebenaran yang mempunyai bukti yang sahih dan kukuh,” katanya.

Beliau berkata, perkara utama dalam kehidupan seorang pelajar ialah memastikan kecermelangan dalam pelajaran.

Justeru, mereka perlu berkemampuan memperoleh pengetahuan, mencipta produk-produk baru serta

mempunyai daya keushawanan yang dapat melahirkan seorang pemimpin yang dipanggil ‘autonomous learner’.

“Pemimpin muda hendaklah bertindak dengan cara yang progresif supaya mereka dapat meluahkan potensi setimpal untuk kemajuan ekonomi, sosial, politik, agama, pelajaran serta menggunakan tenaga dalam membina negara.

“Adalah menjadi hasrat kerajaan menanam sifat sayang dan sanggup berjuang untuk negara. Mereka

inilah yang menjadi harapan untuk memacu negara ke arah Wawasan 2020,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyeru pemimpin generasi muda hari ini menyahut cabaran dan mengambil peluang untuk menjadikan diri serta negara ke tahap yang lebih tinggi.

“Anda merupakan orang penting yang bertindak sebagai moderator dan agen dalam mencapai piawaian modal insan yang berfikiran positif selari dengan kemajuan dunia.

“Adalah menjadi harapan kita semua pemimpin muda dapat terus memikirkan apa yang dikira sebagai rasional dan objektif serta tidak mudah dipengaruhi oleh sebarang unsur luaran negatif,” katanya.

<http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/11/25/mstar_berita/20101125124852&sec=mstar_berita>

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: