BH: Harga RON95, LPG, gula pasir diselaras hari ini

Kenaikan harga petrol dan gula akan menjadi penyebab kepada kenaikan harga barang yang lain, barang keperluan harian terutamanya.  Justeru, kenaikan harga barang keperluan, membawa erti kenaikan kos sara hidup.  Golongan berpendapatan rendah, dan sederhana rendah adalah golongan yang akan merasa beban.  Sedang pendapatan atau gaji mereka masih ditakok lama.

 

Orang Muda.

‘Harga RON95, LPG, gula pasir diselaras hari ini’ – Itu tajuk berita yang dimuatkan dalam akhbar Berita Harian pada hari ini.  Walau ia tidak diletakkan di muka hadapan, namun yang pasti ia tetap menjadi isu rakyat; yang berpendapatan rendah terutamanya.

Saya ingin nyatakan di sini kepada kerajaan, anda umumlah berapa banyak projek dan pelan rangsangan atau sokongan ekonomi.  Tetapi sekiranya realiti kehidupan yang rakyat hadapi kini tidak selari dengan pembangunan negara, maka ia adalah sesuatu yang tidak punya makna dan sia-sia. Ia tidak lebih daripada sebuah harapan dan kesedaran palsu.

Kenaikan harga petrol dan gula yang cuma lima sen dan 20 sen – tampak seperti ianya suatu jumlah yang kecil, seperti tiada kesan langsung terhadap barangan lain.  Benarkah begitu?

Kenaikan harga petrol dan gula akan menjadi penyebab kepada kenaikan harga barang yang lain, barang keperluan harian terutamanya.  Justeru, kenaikan harga barang keperluan, membawa erti kenaikan kos sara hidup.  Golongan berpendapatan rendah, dan sederhana rendah adalah golongan yang akan merasa beban.  Sedang pendapatan atau gaji mereka masih ditakok lama.

Adakah kita ingin terus membenarkan keadaan ini terus berlaku?

Dan, apakah rasional kerajaan membuat perbandingan harga petrol dan gula dengan negara-negara lain?

 

Berita Harian Online.

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) sebanyak lima sen manakala gula diselaras pada harga 20 sen berkuat kuasa hari ini sebagai langkah kedua Program Rasionalisasi Subsidi.

Berikutan itu, harga RON95 yang diselaraskan menjadi RM1.90 seliter, diesel kepada RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram manakala gula RM2.10 sekilogram.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata penyelarasan semula harga barangan itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya mencecah RM1.18 bilion di samping mengimbangi defisit kewangan negara. Kali pertama penyelarasan harga bahan berkenaan dilakukan pada 16 Julai lalu dengan petrol dan diesel diselaraskan lima sen seliter bagi semua sektor, LPG (10 sen sekilogram), gula (25 sen sekilogram), sekali gus membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta dalam Program Rasionalisasi Subsidi kali pertama.

Idris berkata, walaupun harga bahan itu diselaraskan, ia masih rendah berbanding beberapa negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

Beliau berkata, harga RON 95 dan diesel di Indonesia masing-masing RM2.46 seliter dan RM2.50 seliter, Singapura (RM4.36 dan RM3.18) dan Thailand (RM4.25 dan RM2.96).

Harga LPG dan gula pula masing-masing RM2 sekilogram dan RM3.50 sekilogram di Indonesia, Singapura (RM6.42 sekilogram dan RM3.80 sekilogram), Thailand (RM1.93 sekilogram dan RM2.80 sekilogram).
Beliau berkata, rasionalisasi subsidi ini perlu dilakukan bagi memperbaiki kedudukan ekonomi negara dengan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan.

Katanya langkah itu selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu meningkatkan pendapatan negara kasar perkapita kepada RM46,500 (AS$15,000) menjelang 2020.

Bagi mencapai jumlah itu, Keluaran Dalam Negara Kasar perlu meningkat sekurang-kurangnya enam peratus setahun dan ini akan membolehkan pendapatan negara meningkat menerusi cukai dikutip,” katanya.

Beliau berkata, pengurangan perbelanjaan subsidi itu akan digunakan untuk melaksanakan inisiatif dan program dalam Pelan Program Transformasi Kera-
jaan (GTP) yang dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Semua subsidi sebelum ini tidak menepati sasaran kerana ia turut memberi faedah kepada mereka yang tidak layak dan tidak sepatutnya mendapat subsidi. Dengan penyelarasan ini, perbelanjaan yang dapat dijimatkan boleh digunakan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana, katanya pada sesi penerangan kepada media mengenai langkah kedua Program Rasionalisasi Subsidi itu, di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: