Teori Pluralis: Dalam Perkembangan Politik Malaysia (Bahagian 1)

Dunia boleh diibarat sebagai sebuah negara yang besar. Sebuah negara besar yang mempunyai masyarakat yang pelbagai dari segi kepercayaan agama, bangsa, budaya dan adat resam, dan ideologi.  Adalah menjadi tugas manusia itu sendiri untuk mencapai kebahagiaan hidup bersama secara harmoni dan sejahtera. Barangkali hal yang demikian adalah merupakan suatu angan dan lakaran dunia yang bersifat utopia.

Saya amat tertarik dengan penulisan Neale Donald Walsch (2002) yang bertajuk The New Revelations: A Conversation With God, antara lain menyatakan bahawa perbezaan yang wujud (atau diwujudkan) sesama kita (manusia) adalah punca berlakunya pembunuhan atau peperangan di antara manusia itu sendiri.  Berikut apa yang Walsch nyatakan: “There is nothing “wrong” with having different interpretations. What may not benefit you, however, is separating yourself over these differences, making each other wrong because of these differences, and killing each other as a result of these differences.” (Neale Donald Walsch (2002). Sememangnya kenyataan Walsch tersebut ada asasnya.

Menurut e-Kamus versi 5.01 Edisi Profesional (2004), perkataan plural memberi maksud jamak, atau lebih daripada satu. Manakala pluralisme pula bermaksud keadaan yang majmuk iaitu merujuk kepada suatu keadaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama, dan sebagainya. Maka, keadaan yang dimaksudkan itu, ternyata mirip sekali dengan sebuah negara yang dinamai, Malaysia.

“Asas penting kepada konsep pluralisme ini berdiri dalam pernyataan hak asasi manusia yang dimaktub berasaskan nilai-nilai liberalisme Barat. Sebagai contoh umum, beberapa ketetapan dalam piagam hak asasi manusia konvensyen Bangsa Bersatu memperlihatkan bagaimana nilai-nilai liberal Barat dijadikan asas kepada pandangan sejagat. Penetapan hak asasi manusia yang dimaktubkan sebagai artikel 6 Konvensyen Bangsa Bersatu 1976 menyatakan; The States Parties to the present Covenant recognize the right to work, which include the right of everyone to the opportunity to gain his living by work, which he freely chooses or accepts, and will take appropriate steps to safeguard this right. Dalam konteks hak wanita pula dimaktubkan artikel 3 yang menyatakan; The States Parties to the present Covenant undertake to ensure the equal right of men and women to the enjoyment of all economic, social and cultural rights set forth in the present Covenant. Ia kemudian diperkukuhkan dengan ketetapan Konvensyen 1981 yang menyatakan; … the term ‘discrimination against women’ shall mean any distinction, exclusion or restriction made on the basis of sex which has the effect or purpose of impairing or nullifying the recognition, enjoyment or exercise by women, irrespective of their marital status, on the basis of equality of men and women, of human right and fundamental freedoms in the political, economic, social, cultural, civil and any other field.” (S.M. Zakir 2010).

Adalah sesuatu yang sukar untuk mendefinisikan Teori Pluralis secara tepat, kerana ‘ketepatan’ itu seringkali merujuk kepada sesuatu yang tidak konkrit dan bias, selain ia bergantung kepada di mana seseorang (sarjana) itu berdiri.  Seperti Elinor Mason (2006) tegaskan, the word ‘pluralism’ generally refers to the view that there are many of the things in question (concepts, scientific world views, discourses, viewpoints etc.) The issues arising from there being many differ widely from subject area to subject area.

Namun, dalam konteks perbahasan ini, kita akan cuba mendapatkan struktur makna yang relevan dan sesuai menurut konsep universal stand point.  Menurut Azhar Ibrahim Alweem (2007) dalam makalahnya yang bertajuk Teras dan Terap Pluralisme, beliau telah menjelaskan bahawa pluralisme ini seharusnya diperlukan untuk merangkup pengiktirafan akan hak kehadiran dan kewujudan kepelbagaian kelompok manusia, baik dari segi kepelbagaian warna kulit, agama, kebudayaan, bahasa dan dialek, aliran pemikiran, gender dan orientasi seksualiti, dan termasuk juga segala kehidupan yang ada dalam dunia ini.  Bererti, kepelbagaian yang dinyatakannya itu merujuk kepada masyarakat dunia yang bersifat majmuk.  Jadi menurut beliau, manusia tidak boleh lari daripada konsep pluraliti itu sendiri—supaya dapat hidup harmoni bersama.

Di samping itu, Nidzam Sulaiman (2008) dalam tulisannya bertajuk Pendekatan Fungsionalisme dan Pluralisme, telah menyatakan bahawa keadaan yang memperlihatkan masyarakat ini merupakan satu arena untuk para pertubuhan bergerak dan bersaing serta saling mempengaruhi satu sama lain, mencirikannya sebagai suatu masyarakat pluralistik.  Tambah beliau lagi, pendekatan pluralistik atau groups ini mengandaikan kehidupan masyarakat sentiasa mengandungi proses persaingan dan tawar menawar di antara pertubuhan sesama mereka mahupun individu sesama mereka ataupun antara kedua-duanya, individu dan kelompok.

Lain pula kenyataan yang dibuat oleh S.M. Zakir (2010) dalam penulisannya yang bertajuk Plurisme dan Kekeliruan Agama seperti berikut:

“Pluralisme menekankan prinsip hak asasi manusia yang berasaskan individu sebagai puncak kepada hukum keadilan. Ia bermula dengan penegasan hak sama rata manusia tanpa mengira agama dan bangsa. Dalam pada itu, ia menyerapkan prinsip liberalisme Barat yang menegaskan kebebasan individu dan penolakan bahawa kebenaran hanya ditentukan secara mutlak oleh agama. Sebaliknya kebenaran bukan sesuatu yang eksklusif (lingkungan nilai dan prinsip agama) tetapi adalah sesuatu yang terbuka dan boleh sahaja diterima dari pelbagai sumber termasuk daripada nilai dan prinsip pelbagai agama serta idealogi pemikiran individu.” (S.M. Zakir 2010).

Bersambung.

Comments
One Response to “Teori Pluralis: Dalam Perkembangan Politik Malaysia (Bahagian 1)”
  1. SSS Admin says:

    Salam Sejahtera Tuan/Puan,

    Kami di Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) amat berbangga dan berterima kasih di atas sokongan Tuan/Puan dengan memaparkan logo SSS di laman citra Tuan/Puan sebagai tanda sokongan.

    Laman citra Tuan/Puan adalah kini tersenarai di senarai e-Patriot kami.

    Sekian, terima kasih.

    “SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA”

    Admin SSS

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: