1 Malaysia: Suatu Gagasan Yang Bukan Calang

Syukur aku hidup di bumi yang dinamai Malaysia. Sebuah negara yang pelbagai daripada kepelbagaian warna danLogo 1 Malaysia rasa. Tidur lena di kala malam, mencari penghidupan di siang hari. Syukur aku hidup di bumi yang dinamai Malaysia.

Gagasan 1 Malaysia telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak pada tahun 2008 setelah beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Tun Abdullah Badawi. Suatu gagasan dan hala tuju baru buat negara yang  tercinta ini. Syabas Dato’ Seri, Orang Muda menyokong penuh Gagasan 1 Malaysia.

Gagasan 1 Malaysia adalah tentang penyatuan, perpaduan, penerimaan, semangat toleransi, harmoni, majmuk, cinta, dan kedamaian. Ya, negara adalah wajah dunia yang kita inginkan. Sekali lagi, syabas Dato’ Seri, Orang Muda menyokong penuh Gagasan 1 Malaysia.

Sememangnya sudah menjadi tugas hakiki pembangkang untuk membangkang membabi-buta apa sahaja yang difikirkan tidak berpihak kepadanya, tanpa memikirkan kebaikan kepada rakyat dan seterusnya kepada negara. Perkara ini kita tidak dapat elakkan. Bukan kerana mereka tidak tahu, tetapi mereka sengaja buat-buat tidak tahu, kerana apa? Kerana sekiranya rakyat di Malaysia ini hidup dalam keadaan rukun dan damai, maka mereka tidak mendapat sokongan, dan ini sangat tidak menguntungkan mereka. Jadi usaha untuk memecah-belahkan rakyat, terus diusahakan mereka, sampai kita memihak kepada mereka.  Tetapi tidak, tidak sekali-kali Orang Muda termakan ‘kuldi’ yang diberikan mereka.

Gagasan 1 Malaysia bukan merupakan suatu gagasan yang calang. Ia bukan suatu idea picisan dan mengelirukan. Cukup jelas pada namanya sebagai satu lambang penyatuan dan perpaduan.  Negara yang berdiri atas landasan murni ini, mampu berdiri lebih tinggi daripada negara-negara besar di dunia. Kerana, negara adalah wajah dunia yang kita inginkan.  Sebuah negara (dunia) yang tidak boleh lari daripada sifat kepelbagaian daripada pelbagai warna dan rasa. Dan di sinilah maka bermulanya, suatu episod baru bagi kita semua. Episod baru dalam sejarah negara dan dunia. Melakar maju ke depan yang menuntut pengorbanan.

Jadi, ayuh orang muda, kita genggam erat tangan kawan-kawan kita. Melangkah maju dan berlari bersama-sama, merealisasi Gagasan 1 Malaysia, demi anak dan cucu kita pada masa hadapan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: