Kemiskinan Adalah Penyakit Yang Bersumber Pada Miskinnya Pemikiran.

10 tahun dahulu, saya mengimpikan sebuah kehidupan seperti apa yang saya jalani ketika ini.  Pendidikan dan kerjaya, juga menjadi seseorang yang bisa membuat ibu saya begitu bangga dengan saya. Itu lebih penting.

Tetapi itu belum cukup memuaskan hati saya. Kerana pada perhitungan saya, setiap detik hembus dan nafas ini, adalah menterjemah ilmu.  Senangnya, selagi otak ini mampu berfikir, saya tidak akan bisa berserah dan mendabik dada, hingga menyebut – sudah cukup dan setakat ini sahaja.

Tajuk di atas saya ambil daripada kata-kata seorang pakar motivasi barat, iaitu Dr. Sidney Newton Bremer. Dan sambungannya adalah: “Penyembuhan yang menyeluruh hanya dapat diperolehi dengan menghilangkan akar masalahnya, iaitu dengan menemukan diri sendiri.” Begitu jelas beliau.

Sebenarnya, dalam menjalalani hidup sehari-hari semenjak lapan tahun yang lalu, buku motivasi beliau menjadi teman yang paling baik buat saya – tidak kira dalam keadaan sukar mahu pun senang. Terima kasih saya ucapkan, sedikit sebanyak telah membantu dalam proses pembangunan sahsiah dan motivasi diri saya sendiri.

Saya ingin meninggalkan seketika perbincangan berkenaan politik tanah air yang sedang berkecamuk dan meloyakan. Dan disebabkan itu juga, saya tercari-cari apakah artikal yang sesuai untuk saya tuliskan, demi meluahkan rasa kecewa di hati. Namun, semangat juang saya tidak sedikit pun luntur dek kerananya.

Jadi, saya ingin berkongsi dengan saudara dan saudari seperjuangan sekalian, tentang apa yang beliau tulis berkenaan dengan apa yang kita sebut sebagai kemiskinan. Moga-moga dapat membantu dalam proses pembangunan kita ke arah kecemerlangan. Andai Allah izinkan.

 

Sidney Newton Bremer.

Kemiskinan dalam berbagai bentuk adalah suatu keadaan tidak normal dan tidak alamiah bagi manusia, yang merupakan akibat dari kejahilan tentang dirinya yang mulia dan tentang melimpahnya kemungkinan yang ada.  Kemiskinan akan terus mencengkam manusia sehingga tetap melarat, selama manusia tetap tidak tahu akan hak asasinya. Kita akan tetap berada dalam kegelapan, selama kita menutup pintu akal kita dari masuknya cahaya kebenaran.

Kalau mungkin bagi orang-orang yang terhimpit dengan kemiskinan di dunia ini untuk memasuki pengenalan diri yang sejati, untuk menyedari pentingnya diri mereka, untuk memahami hukum kekayaan dan untuk mengerti bahawa dalam hidup mereka sendiri Tuhan mempunyai rencana mengenai kehidupan yang utuh, kejayaan abadi, kebahgiaan dan kedamaian akal; maka dalam waktu yang sangat singkat, pengetahuan dan pemahaman ini akan secara menyeluruh mengubah peradaban umat manusia dengan cepat.

Keperluan paling mendesak bagi peradaban masa ini adalah suatu revolusi intelektual yang menyeluruh di dunia.  Tidak pernah ada zaman sebelum ini di mana keperluan umat manusianya dalam menemukan diri sendiri begitu besar seperti zaman sekarang.  Jika kita tidak belajar mengendalikan pemikiran dan mengarahkannya untuk mempertahankan pilihan kita sendiri, maka sebagai individu kita boleh kehilangan hak asasi ini. Kita menjadi seperti hamba, bila kita membiarkan orang lain berfikir bagi kita.

Memang tugas yang amat sulit untuk membawa masuk prinsip kejayaan ke dalam masyarakat manusia, kalau para pemimpin dan guru tidak lebih dahulu mempunyai landasan dalam prinsip ini.  Orang buta tidak akan boleh memimpin orang buta.

Kita harus belajar menggali kekuatan yang ada dalam diri kita dan bukannya mencari tenaga dari luar atau meminta bantuan dari mana pun. Kita boleh menguasai hal itu, kalau kita ada kehendak untuk menguasainya.

 

“Kemenangan dimiliki oleh orang-orang yang paling keras hatinya.” (Napoleon)

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: