Orang Melayu Sudah Bangkit

Pengunjung Pesta Buku Antarabangsa di PWTC

Pengunjung Pesta Buku Antarabangsa di PWTC

Saya kagum dengan sambutan orang ramai – terutama orang-orang Melayu – di Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) siang tadi. Berdasarkan pemerhatian saya selama empat jam, saya melihat hampir 95% pengunjung terdiri daripada orang Melayu. Keadaan di PWTC siang tadi, sesak, seperti di pasar malam. Ini sesuatu gambaran semasa yang membanggakan.

Soal sama ada mereka membeli atau tidak itu soal ke dua, yang penting mereka punya keinginan untuk hadir dan meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga, juga teman-teman, cukup menggambarkan suatu perubahan telah berlaku secara mendadak. Atau lebih tepat, orang Melayu sudah bangkit.

Saya percaya setiap musibah yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Dan saya juga percaya, tidak ada seorang pun yang lahir ke bumi untuk hidup dalam keadaan sukar, mahu pun kaum-kaum tertentu. Kita tidak boleh lagi begitu stereotaipis dan prejudis dalam menjelaskan sesuatu berkenaan orang Melayu. Barangkali dulu, ya, tetapi sekarang tidak lagi. Suatu perubahan telah berlaku dalam alam Melayu.

Terbaru daripada Pribumi Perkasa, sebuah NGO Melayu, telah bertegas untuk meneruskan kempen 1Melayu, 1Bumiputera, walau pun tidak mendapat sokongan daripada mantan Perdana Menteri yang mendukung pergerakan NGO tersebut. Ini kerana, kempen tersebut dikatakan bertentangan dengan konsep asas Gagasan 1Malaysia. Hal ini juga kita boleh ketegorikan sebagai suatu seruan kebangkitan orang Melayu.

Sebenarnya, melihat konteks semasa negara – secara peribadi – saya setuju dengan tindakan Perkasa dalam menyeru kepada kesatuan ummah. Ummah di sini merujuk kepada orang-orang Melayu Islam atau Bumiputera, kerana ia selaras dengan dasar pertubuhan tersebut. Dalam amalan demokrasi, ianya tidak salah. Dan tindakan tersebut merupakan sebagai respon yang membawa kepada langkah kestabilan, dan kemudian kembali kepada permuafakakatan, atau apa disebut sebagai konsosiasional. Kerana berasa terancam akan kedudukan sosio-ekonominya dan sosio-politiknya. Kita pernah laluinya sewaktu sebelum merdeka dan pasca tragedi 13 Mei 1969. Keadaan ini akhirnya, akan membuahkan kestabilan politik dan seterusnya negara. Ini yang kita harapkan dalam konteks semasa negara.

Namun saya begitu optimis, bila mana orang-orang Melayu Islam atau bumiputera berjaya dalam pelbagai bidang kelak, mereka tidak akan mengetepikan rakan-rakan mereka yang berbangsa bukan Melayu begitu sahaja. Kerana mereka tidak dididik sedemikian. Sikap penerimaan dan bertimbang-rasa adalah nilai-nilai asas orang-orang Melayu, selagi mana mereka tidak dimusuhi. Tetapi selepas ini, mereka akan lebih berwaspada dan berhati-hati dalam setiap langkah, kerana mereka sudah punya ilmu dan pengalaman lampau yang sukar.

Jadi, saya percaya orang Melayu sudah bangkit dari mimpi indah. Mereka sudah sedar betapa kesatuan itu penting dalam survival bangsa di tanahairnya. Dan saya percaya, kesedaran mereka itu tidak berlaku tanpa dengan membaca.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: