SMM Diperbodoh dan Diperalat

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tiba-tiba sahaja telah menjadi bualan hangat masyarakat pada masa ini, semenjak isu menurunkan bendera gambar PM tempoh hari di PWTC.  Ternyata, provokasi mereka berjaya mendapat tumpuan banyak pihak, sehingga dikecam hebat, dan ada yang mengugut pemimpinnya.

Saya kira SMM ini tidak relevan dan tidak wajar menggunakan “Mahasiswa Malaysia” pada namanya.  Ini kerana, pada nama tersebut, telah menggambarkan bahawa, mereka ini telah membawa suara-suara mahasiswa seluruhnya, disamping tindakan mereka ini seperti dipersetujui oleh mahasiswa seluruhnya.  Sama seperti Parti Islam Se-Malaysia.  Menggunakan nama Islam seperti kepunyaan mereka sahaja.

SMM dianggotai oleh sebagian besar pelajar-pelajar UPSI dan mempunyai jaringan dengan pelajar-pelajar universiti tempatan yang lain.  Orang muda pada peringkat umur mereka ini, saya memang cukup faham, setiap tindakan mereka (kebanyakkannya) adalah berdasarkan emosi, tanpa berfikir secara rasional.  Tidak memilih untuk bertindak secara hikmah, dan mereka ini pantang dicabar.  Hal ini saya faham. Dan saya menganggap tindakan mereka adalah proses pembelajaran untuk menjadi seorang manusia.

Saya ingin menyatakan pendirian bagi pihak GMOM kepada SMM ini.  Sekiranya anda berjuang untuk menghapus AUKU atas tiket bebas tanpa dipengaruhi oleh “mata satu”, “roket”,  dan “bulan”, maka perjuangan SMM ini saya sokong.

Satu soalan saya kepada SMM dan para pendukungnya, kenapa anda berfikiran, ingin berjuang untuk menghapus AUKU, perlu terikat dengan parti-parti politik tertentu?

Sekiranya ya, maka saya beranggapan bahawa anda tidak selayaknya memperjuang atas tiket mahasiswa Malaysia.  Sekiranya ya, saya menganggap anda tidak matang, hanya terikut-ikut dengan tren semasa.  Dan sekiranya ya, maka anda telah diperbodoh dan diperalat oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik sempit mereka.

Jadi, saya harap anda dapat fikir-fikirkan sebarang tindakan selepas ini.  Bagi pengikut-pengikut SMM, sekiranya anda tidak menyokong kepimpinan SMM, bukanlah bererti tidak ada jalan lain untuk tujuan itu.  Fikir-fikirkanlah hai orang muda.

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: