Veto Rusia dan China: Keseimbangan Kuasa Dunia

Rusia dan China dilaporkan telah mengguna kuasa vetonya terhadap Resolusi Syria—suatu langkah tepat dan amat dialu-alukan.

Reaksi Amerika dan sekutu-sekutunya terhadap langkah kedua-dua negara tersebut sudah pasti menimbulkan rasa tidak puas hati dan mengundang kritikan.  Sehingga sebentar tadi, laporan agensi berita antarabangsa melaporkan bahawa Amerika akan mempertingkat usaha penggabungan suara antarabangsa bagi menyelesaikan konflik di Syria yang berlanjutan ini.

Persoalannya, kenapa Amerika dan sekutu-sekutu kuatnya beriya-iya untuk campur tangan dalam hal-ehwal politik Syria?  Tidakkah masyarakat dunia lihat keadaan yang berlaku di Iraq, Mesir, Libia, dan Palestin terutamanya—wujudkah kedamaian di negara-negara terbabit?

Konflik berdarah yang berjaya dirakam dilensa-lensa agensi berita antarabangsa hanyalah untuk membuktikan kepada masyarakat antarabangsa bahawa situasi di Syria tersebut memerlukan suatu pelan tindakan—atau dalam bahasa mudahnya—alasan bagi menghalalkan pihak berkepentingan untuk mendapatkan sokongan dari segenap sudut bagi mencampuri urusan dalaman Syria.  Keadaan ini sama seperti yang berlaku di Iraq, Mesir, dan Libya.  Dan kaedah yang sama digunakan di Syria.

Pendirian Rusia dan China berhubung konflik Syria sungguh jelas, dan mereka mendakwa wujud anasir luar yang menyemarakkan lagi ketegangan di negara tersebut.  Mereka berpendapat bahawa Syria boleh menyelesaikan sendiri masalah dalaman negaranya tanpa perlu PBB melaksana resolusi tersebut. 

GMOM ingin merakamkan ucapan syabas kepada Rusia dan China di atas langkah memveto Resolusi Syria di sidang PBB semalam.  Dan GMOM berharap, masyarakat di Malaysia dapat berlapang dada dalam menangani isu-isu dalaman negara secara bijaksana dengan saluran-saluran betul, kiranya tidak mahu senasib dengan Iraq, Mesir, dan Libya.  Semoga Syria dapat mengembalikan ketenteraman dan kesejahteraannya, tanpa perlu campurtangan daripada pihak luar.

PBB sudah tidak relevan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: