Komen GMOM: Debat Chua Soi Lek vs. Lim Guan Eng

Debat Chua Soi Lek vs. Lim Guan Eng telah berlangsung pada jam 5.00 petang semalam bertempat di Times Square Kuala Lumpur.  Debat satu jam tersebut telah disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen Astro Awani.  Berikut komen GMOM terhadap dua isu utama yang didebatkan mereka:

 

Soi Lek, mengenai isu Hudud (Negara Islam):

Mesej jelas telah dikeluarkan oleh Chua Soi Lek mengenai isu Hudud, dan lebih tepat tentang isu Negara Islam. Tepukan gemuruh dalam dewan debat tersebut menunjukkan betapa masyarakat bukan Islam tidak menyokong–malah menentang sebarang usaha ke arah Hudud.

Secara peribadi, GMOM sendiri tidak bersetuju sekiranya, imej Negara Islam dalam kotak fikiran Soi Lek dan masyarakat Cina di negara ini adalah melalui pemahaman PAS dan Kelantan, atau negara Iran, negara Afganistan, dan sebagainya.  Itu bukanlah gambaran sebenar tentang Negara Islam.  Dan GMOM tidak menyalahkan Soi Lek, MCA, mahu pun masyarakat Cina dan bukan Islam di negara ini.  Ini salah PAS, UMNO, dan institusi-institusi negara yang telah menggunakan Islam demi kepentingan mereka sahaja. Baca artikal Dr MAZA di sini.

“Islam adalah agama dan negara,” begitulah kenyataan Anbariy.  Maka membentuk Negara Islam adalah syariat (kewajiban) yang telah ditetapkan dan dinyatakan dengan jelas dalam Quran.  Jadi pada pendapat GMOM, kenyataan Soi Lek tersebut adalah tamparan hebat kepada penyokong UMNO dan BN yang beragama Islam.  Selagi UMNO bersama MCA dalam BN, maka syariat tersebut tidak akan mampu dilaksanakan.  Maka, apakah maksudnya ini?

PAS, dek kerana mahukan Putrajaya, mereka sanggup mengubah haluannya melalui pendekatan Negara Berkebajikan.  Tetapi bagaimana untuk ke arah itu, mereka tidak nyatakan dan pasti ianya perlu dipersetujui oleh DAP dan PKR, dan pasti bukan dengan kaedah Islam. Kerana dalam Komunisme juga mempunyai elemen kebajikan ini.

Saya berpendapat, masyarakat Islam di negara ini; yang menonton atau membaca teks hujahan kedua-dua tokoh tersebut, menjadi gusar dan dilema.  Kerana, menentang syariat yang telah ditetapkan kepada umat Islam adalah menghalang umat itu sendiri daripada menjalankan kewajiban kepada Tuhannya.  Nah, kamu-kamu yang melaungkan perjuangan hak-hak asasi manusia, ini isu pelanggaran hak-hak asasi manusia bagi penganut Islam. Laungkan.

 

Soi Lek dan Guan Eng, tentang isu pendidikan:

Soi Lek berseloroh dengan menyatakan bahawa MCA telah banyak berbakti kepada kaum Cina negara ini dalam soal pendidikan berbanding DAP, yang dimaksudkannya adalah berkenaan sekolah-sekolah dan kolej-universiti aliran Cina. Kenyataan ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa setiap keputusan kerajaan berkenaan isu pendidikan ini, telah dipengaruhi secara langsung oleh MCA.  Buktinya kita lihat begitu banyak sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina ini ditubuhkan, selain peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan.

Persoalannya, apakah kebaikan kepada penstrukturan dan pembangunan negara dengan adanya sekolah-sekolah jenis ini?  Kenapa kerajaan tidak menubuhkan dan memberi bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Melayu juga?  Kenapa sekolah-sekolah kebangsaan tidak diperkasakan sebagai syarat penting pembangunan dan kemajuan negara?

Mendesak kerajaan bagi mewujudkan sekolah jenis Cina adalah merupakan usaha pembangunan negara yang sia-sia; yang sebenarnya menyokong kepada kemusnahan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini. Kerana, elemen penting dalam sebuah negara adalah identiti rakyatnya. Justeru, mengapa tidak diajarkan sahaja subjek-subjek bahasa Cina (yang tertentu) di sekolah-sekolah kebangsaan?  Sigh…lucu bila pemimpin-pemimpin negara menyatakan “inilah bukti demokrasi negara.”

Apa pun, secara keseluruhan debat tersebut memberi impak kepada politik negara.  Seperti dijangka, Soi Lek dilihat mengungguli perdebatan berbanding Guan Eng, kerana memang itu kepakaran Soi Lek.  Pastinya, satu jam perdebatan tidak mampu menjawab walau satu isu dengan sebaiknya dan perdebatan tersebut pastinya memfokus kepada PRU yang akan datang ini.  Jadi GMOM berharap, debat sebegini dapat diteruskan di masa-masa hadapan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: