My name is Muhammad, and I am not a terrorist…

My name is Khan

Salam sejahtera kepada sidang pembaca laman blog GMOM.  Semoga anda sentiasa mendapat perlindungan-Nya.

Hari ini saya ingin menceritakan tentang pengalaman seorang teman yang baru sahaja pulang dari Hong Kong.  Suatu kisah apabila beliau ditahan oleh pihak berkuasa Kastam Hong Kong dalam sebuah bilik untuk pemeriksaan lanjut.

Sekiranya anda melihat tajuk artikel ini, sudah pasti anda teringat satu filem lakonan Shah Rukh Khan yang bertajuk “My name is Khan.”  Ia memang mirip sekali seperti kisah dalam filem tersebut.  Sekiranya anda belum menonton filem tersebut, anda boleh membaca tentang filem tersebut di sini.

Image

Teman saya–Muhammad adalah seorang penganalisis sosial.  Beliau telah pergi bercuti ke Hong Kong minggu lepas untuk melihat sendiri kemajuan yang dikecapi Hong Kong.  Pada hari ketiga, beliau sempat melawat masuk ke Macau dengan menaiki feri laju untuk melihat sendiri kemegahan kota perjudian ternama di rantau Asia.  Namun, apabila beliau ingin masuk semula ke Hong Kong, beiau telah ditahan oleh pihak berkuasa Kastam Hong Kong dan telah diarahkan untuk masuk ke dalam sebuah bilik pemeriksaan untuk pemeriksaan lanjut.  Beliau menanyakan atas sebab apa beliau ditahan hingga diarahkan masuk ke dalam bilik tersebut, namun dua orang pegawai Kastam tersebut tidak memberi sebab yang munasabah kepada beliau.

Beliau kemudiannya diarah untuk mengeluarkan semua barang-barang yang ada di dalam poket seluar dan baju, dan juga beg.  Selain itu, beliau juga telah diarah untuk membuka baju.  Beliau kemudiannya menanyakan lagi tentang mengapa beliau ditahan sedemikian rupa; buat pertama kali dalam sejarah hidupnya.  Namun, pegawai Kastam Hong Kong tersebut tetap tidak memberitahu dengan jelas.

Setelah semua bahagian badan beliau diperiksa, pegawai tersebut berpuas hati, dan menyuruhnya menandatangani satu laporan pemeriksaan Kastam Hong Kong.  Kemudian, beliau dibenarkan meneruskan perjalanan beliau.

Begitulah cerita tentang pengalaman teman saya yang bernama Muhammad.

Beberapa persoalan berlegar di benaknya–adakah sebab utama beliau ditahan disebabkan oleh pihak berkuasa Kastam Hong Kong mencurigai beliau?  Adakah pihak berkuasa Kastam Hong Kong tersebut telah mengesan melalui imbasan kamera tentang apa yang beliau bawa?  Bagaimanakah sekiranya, tanpa beliau sedari, seseorang telah memasukkan barang larangan ke dalam beg beliau?  Bagaimanakah keadaan sekiranya beliau ditahan, sedangkan temannya yang menunggu beliau tidak mengetahui tentang penahanan tersebut?  Dan adakah sebab utama beliau ditahan kerana nama beliau adalah Muhammad?

Anda boleh baca laporan media barat tentang Muhammad atau Muhamed the terrorist suspect di sini.Dan mungkin sebab inilah beliau ditahan.

Kita semua sedar, peperangan ke atas Islam pasca 911 adalah suatu propaganda yang dicetus Barat untuk memerangi Islam secara nyata.  Amerika telah menuduh puak radikal Islam yang berpusat di Afghanistan–Al Qaeda yang dipimpin oleh Osama Laden sebagai pengganas yang perlu diperangi.  Buktinya, Afghanistan telah hancur diporak perandakan Amerika dan sekutu-sekutunya.  Ironinya, Osama gagal ditangkap malah dikesan, cuma setelah beberapa tahun kemudian laporan kematian Osama yang laporkan media Barat, cukup mencurigakan kesahihannya. Dan benar, sesetengah pendapat menyatakan, peperangan psikologi ke atas umat Islam pasca 911, tidak bernokhtah.  Peperangan ini tidak seperti peperangan fizikal seperti Perang Dunia Pertama dan Kedua, dan sebelumnya.  Dimana, kekalahan dapat diukur dengan kemusnahan bangunan dan harta benda pihak lawan, atau menyerah kalah. Peperangan psikologi ini cukup berbeza.  Jadi, penahanan teman saya itu tidak kurang amalan dalam peperangan, menahan orang untuk diperiksa keseluruhannya.

Ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga.  Saya begitu merasai bagaimanakah perasaan teman saya tersebut apabila beliau ditahan buat pertama kali dalam hidupnya.  Sebagai seorang rakyat Malaysia yang hidup dalam kepelbagaian, sudah pasti rasa dalam dirinya begitu kecewa dan rasa tidak adil, malah seakan wujud sentimen dan prejudis bangsa asing ke atas dirinya.  Ini cukup memalukan dirinya dan umat Islam umumnya.

Teringat kata-kata Jamaludin al Afgani seperti berikut:

“Seandainya jumlah kamu yang beratus-ratus juta ini, ditakdirkan menjadi lalat dan nyamuk sekalipun, nescaya kamu akan dapat memekakkan telinga-telinga orang Inggeris dengan suara kamu. Seandainya kamu ditakdirkan menjadi labi-labi atau penyu sekalipun, lalu kamu berenang ke tanah Inggeris, bilangan kamu yang seramai ini akan dapat mengepung dan menenggelamkan tanah Inggeris. Kamu akan pulang ke India dalam keadaan selamat.” (Jamaludin al Afgani 1838-1897)

Begitulah mesej penyatuan yang cuba disampaikan.  Tidak perlu kita melihat jauh, cuba kita lihat dalam negara kita ini, perpecahan umat Islam yang dipelopori parti-parti politik. Tidak kurang juga unsur luar yang dikatakan telah membantu memporak perandakan kesatuan ummah Malaysia, namun masih ramai dikalangan orang muda pastinya, tidak menimbang dengan waras segala tindakan yang nyata menggoncang kestabilan negara.  Lantas, bagaimana kita ini dapat dihormati?

My name is Muhammad, and I am not a terrorist… Diharap mesej ini sampai kepada pihak berkuasa Kastam Hongkong.  Dan mesej ini ini juga ingin disampaikan kepada teman-teman yang mempunyai nama Muhammad khasnya, dan Islam umumnya.  Sekiranya kejayaan kita dapat diukur dengan tingkat kecemerlangan intelektualisme, sudah pasti kita semua dihormati oleh dunia.  Dan ia pernah terjadi suatu masa dahulu, maka tidak mustahil ianya berulang.  Kemunduran kita pada hari ini adalah disebabkan sikap malas, suka beralasan, dan tanggapan salah yang diserap masuk oleh puak-puak tradisionalis semenjak kecil.  Yakinilah, sekiranya kita ini berlumba-lumba mengejar ilmu dan hidup dalam lingkaran ilmu tersebut, sudah pasti kita ini dihormati dimana sahaja kita berada.

Nasihat buat teman saya tersebut, tidak usah gusar dan berhati duka.  Jadikan pengalaman penahanan itu sebagai ikhtibar dan pembakar semangat untuk terus maju di masa hadapan.  Mari kita ajak adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, dan teman-teman kita yang lain untuk memperkuatkan ilmu sebagai pelindung diri dan ummah seluruhnya. Moga-moga angan untuk melihat dunia ini damai dan ceria, tanpa syak wasangka di antara satu sama lain, dapat kita saksikan dengan mata kita sendiri, seandai dipanjangkan umurnya.

Semaga mendapat bahagia.

“To the Custom Officers of Hong Kong, my name is Muhammad, and I am not a terrorist…”

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: