Kehidupan Kebinatangan Dengan Aturan Hak Asasi Manusia

Image from oneclimate.net

Artikel yang bertajuk Human rights and fundamental liberties for idiots yang ditulis oleh RPK hari ini, membuatkan saya terpanggil untuk menulis sesuatu berkenaan dengan hal yang berkaitan.  Setidak-tidaknya, dengan menulis tentang isu ini, hati saya akan sedikit tenang.

Saya teringat sewaktu kuliah Politik Amerika yang disampaikan oleh seorang pensyarah di sebuah IPTA sedikit masa dulu.  Beliau ada menyentuh berkenaan dengan isu hak asasi manusia ini–nadanya sedikit berlapik, tetapi tampak condong dalam menyokong isu ini.  Dan lantas saya bangun mencelah.

Persoalan yang saya tanyakan kepada pensyarah tersebut, adakah Dr. bersetuju dengan saya sekiranya saya memandu di lebuh raya mengikut kelajuan yang saya inginkan?  Bagaimana pula sekiranya semua pemandu-pemandu lebuh raya memandu mengikut kesukaan mereka di bawah aturan hak asasi manusia ini?  Beliau hanya mampu tersipu dan kemudian menukar topik perbincangan.

Saya bersetuju dengan kenyataan RPK ini:

“So you see, human rights and fundamental liberties is more than just about not being detained without trial. It is also about my right to my choices. My choice to a LGBT lifestyle, my choice to not believe in God, my choice to a religion, my choice to die if I no longer have any hope to live without extreme pain and suffering, and many, many more.” 

Saya ingin menambah kenyataan RPK tersebut–bagaimana pula sekiranya saya memilih untuk jadi pembunuh atau perompak atau memilih untuk tidak membayar cukai?  Adakah salah pilihan saya tersebut di sisi aturan hak asasi manusia?

Menuntut aturan hak asasi manusia secara membabi buta tidak kurang seperti kehidupan seperti binatang.  Dan saya melihat negara tercinta ini sedang berubah menjadi negara kebinatangan.  Kasar kenyataan tersebut, tetapi itulah kenyataan yang bakal kita hadapi sekiranya majoriti rakyat Malaysia memlilih ke arahnya.  Kehidupan bernegara yang longgar sistem sosialnya, tidak terurus dan terkawal, dan semua yang tindakan adalah berlandaskan aturan hak asasi manusia.

Saya tidak faham bagaimana cara mereka ini berfikir.  Yang peliknya, puak-puak serban dan puak-puak berjanggut yang konon memperjuang Islam pun turut menyokong.  Islamikkah?

Saya fikir, isu ini sengaja diperbesar oleh puak-puak buta dan tuli ini untuk mendapat sokongan dan modal politik semata-mata.  Kenapa tidak mereka ini memikir akan kesan terhadap institusi sosial dan negara?

Sigh… mereka kata ini kebebasan memilih?  Idiots!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: