Aku Bukan Mereka

Aku bukan UMNO,

Aku bukan PAS,

Aku bukan PKR,

Aku bukan DAP,

Aku bukan Gerakan,

Aku adalah bangsa Malaysia yang cintakan keamanan dan inginkan bahagia.

Sejak beberapa tahun ini, aku memerhati mereka daripada pelbagai sudut.  Aku duduk bersama mereka yang berbeza.  Aku ingin memahami sendiri gerak tari mereka mengalunkan irama dan joget. Ternyata sumbang.

Aku bukan UMNO, aku bukan PAS, aku bukan PKR, aku bukan DAP, aku bukan Gerakan.  Aku adalah orang Malaysia yang cintakan keamanan.  Terasa jauh lagi perjalanan ini untuk capai bahagia.

Aku tidak mahu dibezakan dengan fahaman mereka.  Aku cuma mahu kita duduk bercerita.  Cerita tentang aku dan kamu, dan mereka.  Aku tidak mahu bermain bersama mereka di gelanggang itu.  Gelanggang yang memisahkan aku dengan mereka.  Kerana aku sayang semuanya.  Kerana semuanya rakyat Malaysia.  Kita tinggal di bawah bumbung yang sama.  Kita pijak di bumi yang sama.  Kita merasa nikmat hujan dan matahari yang sama.  Bayang hitam yang sama.  Seharusnya melodrama kita ini seiring temponya yang asyik.

Kita bercakaran, akan ada orang lain yang mendapat untung.  Kita leka, akan ada orang lain yang datang mencuri.  Mengambil keamanan daripada kita.  Mengambil harmoni yang kita azamkan sejak merdeka.  Mengambil kekayaan bumi kita.  Ini kita tidak sedar, kerana kita leka dan bercakaran.

Yang namanya bangsa itu merdeka.  Yang namanya bangsa itu bersatu.  Yang namanya bangsa itu teguh berdiri. Yang namanya bangsa itu maju.  Yang namanya bangsa itu dihormati.

Aku bukan UMNO, aku bukan PAS, aku bukan PKR, aku bukan DAP, aku bukan Gerakan.  Aku adalah orang Malaysia yang cintakan keamanan.  Terasa berat untuk aku pikul amanat keramat moyangku.

Moga-moga anganku untuk melihat bahagia, sampai sebelum nafasku yang terakhir.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: