Timbangan Orang Berakal Dalam Menilai Watak Pembangkang.

Sebelum saya menulis sesuatu berhubung dengan tajuk di atas, saya minta anda ambil masa 30 saat untuk saksikan video ini terlebih dahulu.

Tergamam, malu, dan tidak terkata apa-apa.  Mungkin itu yang boleh kita gambarkan terhadap riak muka wanita berpayung tersebut.  Justeru, apa yang boleh kita pelajari daripada video tersebut?

Komen-komen berbentuk cacian, makian, hasutan, tuduhan, dan penghinaan, sememangnya serasi dengan orang-orang pembangkang ini.  Mereka memang terkenal dengan komen-komen begitu.  Bukan tujuan saya untuk mengaibkan wanita berpayung tersebut, sekadar untuk memlilih satu contoh yang jelas; yang boleh kita jadikan sebagai satu pelajaran.

Kita boleh baca komen-komen jenis ini dalam blog-blog dan laman sosial orang-orang pembangkang.  Saya sendiri membacanya setiap hari beberapa tahun ini, dan barangkali sudah lali dengan komen-komen tersebut.   Saya juga punya teman-teman yang begini dalam laman sosial saya.  Dan hampir semua telah saya keluarkan.  Bukan kerana tidak mahu berkawan, cuma saya tidak sanggup membaca komen-komen yang sangat keterlaluan tersebut.  Bagi saya, penghinaan dan cacian adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali oleh mana-mana orang yang bertamadun.

“Orang yang dapat bercakap-cakap dengan baik adalah orang yang memiliki gagasan, banyak membaca, suka mendengarkan, dan kerana itu memiliki sesuatu untuk dibicarakan.” (Sir Walter Scott)

Baiklah, bagi menilai watak pembangkang dalam pertimbangan orang yang berakal, Hamka ada menceritakan satu kisah tentangnya.  Ya, tentang timbangan orang yang berakal.  Saya fikir ia baik untuk dikongsikan bersama sebagai tauladan untuk diri saya dan kepada semua.

Ceritanya begini:

Adalah seorang Hukama pada zaman dahulu kala yang tinggi peradaban dan luas akal budinya, termasyhur namanya ke mana-mana.  Maka terdengarlah khabar kemasyhuran Hukama itu kepada raja dinegerinya, lalu baginda menyuruh panggil mengadap.  Kerana raja yang bijaksana sentiasa suka berkumpul dengan orang yang berakal budi di dalam majlisnya.

Setelah budiman itu hadir di hadapan baginda, lalu baginda bersabda: “Wahai budiman yang masyhur, yang berfikiran tinggi dan berakal cerdas, yang beradab yang pengalamannya lebih daripada pengalaman orang dan ilmunya meliputi seluruh tubuhnya.  Yang tahu menimbang mudarat dan manfaat, yang berfikir sebelum bekerja.  Kami hendak bertanya mengapa sebanyak itu ilmu tuan, seluas itu akal tuan, dan kenapa tuan mengazab diri, memencil di tempat yang sunyi, menjauhkan diri daripada kami?  Padahal tuan tahu bagaimana kecintaan kami kepada ahli ilmu, dan kerinduan kami kepada ahli akal, sebab hasilnya hendak kami ambil dan buahnya hendak kami petik?”

Budiman itu menjawab:  “Jikalau maksud raja dengan perkataannya itu hendak menilik jawab mencari dalil apa sebab saya menjauhkan diri, sehingga lebih suka terpencil di tempat jauh, tidak mengecap nikmat kurnia baginda, maka tidaklah akan tersembunyi nikmat itu oleh orang yang sempurna akal.  Orang budiman akan tahu bahawa tidaklah ada manfaat yang akan saya dapat dengan mendekatkan diri kepada raja.  Tapi jika pertanyaan raja itu sengaja hendak mengalirkan hikmat yang tersembunyi di dalam sanubari, supaya terhambur daripada lidah yang mengandungi ilmu, supaya kelak ilmu itu baginda pilih satu persatudan baginda susun menjadi kalung pembalut leher di dalam mengerjakan perbuatan, atau akan jadi perisai bertatah emas untuk menangkis panah zaman, maka pertanyaan raja itu adalah pertanyaan yang mulia, keluar daripada lidah orang yang mulia, penguatkan urat kemanusiaan, penerangan nur cahaya akal, sehingga teranglah oleh baginda jalan mana yang akan baginda tempuh.”

Raja berkata: “Kalau demikian jawab anda, teranglah bahawa kita mempunyai tujuan yang sama dan jelas.  Oleh sebab itu, bolehlah engkau nyatakan terus terang apa sebab selama ini engkau keberatan untuk mendekati kami.  Sehabis itu kelak hendaklah engkau iringi dengan kata hikmatmu yang dalam, buah hasil akalmu yang laksana lautan yang sukar diajuk itu.”

Budiman kembali menjawab: “Bahawasa baginda raja telah membuka pintu keizinan kepada manusia supaya mendekatinya, dan terhadap diri saya sendiri baginda telah menyediakan tempat yang tersendiri…maka hendak saya jawab terus terang kepada baginda apa sebab saya undur, apa sebab saya cukupkan sahaja keadaan yang serba kekurangan, tidak mengharapkan yang banyak.  Saya menjauh dari pangkat tinggi, enggan masuk kepada pintu kemuliaan yang sedang terbuka.  Makanya saya berbuat begitu, ialah sebab telah saya timbang bahawa dengan berbuat demikian akan lebih sentosalah hati dan akan lebih amanlah jiwa saya.  Saya tidak usah syak wasangka kepada orang lain di dalam keadaan saya sekarang.  Tidak ada orang lain yang saya benci, dan tidak pula saya ragu akan disakiti orang.

Sebab sudah barang maklum bahawa di dalam mencari pangkat tinggi dan berdekat sekali dengan raja itu banyak sekali orang berebut-rebut dan tamak.  Yang seorang hendak lebih daripada yang lain, hingga terbitlah hasad dengki lantaran hawa nafsu.  Semuanya hendak bertambah pangkat dan bertambah harta, sehingga tiada segan yang seorang menjatuhkan yang lain.  Maka gelaplah akal lantaran nafsu.  Hilanglah nikmat lantaran hasad, kasih sayang pun musnah, rasa benci memenuhi hati, untuk menyenangkan hati raja, mereka perlihatkan yang bagus-bagusnya sahaja kepada baginda, yang buruknya mereka sembunyikan.

…Dan kalau sekiranya raja itu hanya raja kerana pangkat dan tenunan, yang lemah hati budinya, didengarnya fitnah orang yang pandai mengambil muka, padahal budiman yang sejati itu selalu bertentanngan jiwanya dengan orang yang suka mengambil muka, maka bersihlah istana daripada orang yang ikhlas, tinggallah orang yang sebenarnya yang menjadi beban kepada raja.  Dan kalau lantaran kerajaan jatuh kepada bahaya, tidaklah raja atau mereka sendiri itulah yang lebih selamat.  Sebab sudah ada pepatah: Tamak akan harta adalah pintu kebinasaan jiwa, tamak akan harta adalah menyuburkan tipuan dan menanggalkan baju budi bahasa.”

Begitulah cerita yang dapat dikongsikan bagi tatapan semua.  Rasa redup di hati dan tenang semula bila membaca kisah yang diceritikan Hamka tersebut.

Sekarang mungkin kita boleh memikirkan semula tentang pembangkang ini.  Sekiranya pembangkang mempunyai nilai seiras dengan watak budiman dalam cerita Hamka tersebut, saya pasti kita tidak perlu takut untuk memilih mereka sebagai pengganti kepada kerajaan yang sedia ada.  Tetapi, melihat kepada apa yang berlaku lewat beberapa tahun ini, golongan-golongan ini semakin berani mengeluarkan kata-kata kesat secara terbuka dan umum.  Tidak ada segan dan silunya, malah ramai dari kalangan mereka  ini diangkat menjadi pemimpin.  Mungkin kita sudah boleh bayangkan apa yang terjadi.

Sebenarnya, Raja Petra Kamaruddin juga mengalami hal yang sama.  Sudah beberapa kali beliau menegur para pembaca blognya yang menghantar komen-komen yang keterlaluan.  Berikut kenyataan beliau dalam artikel terbarunya hari ini:

“Hmm…maybe Steven Yang should condemn those Chinese who are demanding mother-tongue education instead of supporting Malaysia’s National Language, Bahasa Malaysia. If he keeps quiet it may be interpreted as that he is not a loyal Malaysian and should be sent back to China where he is free to go to a Chinese school.

As I said, if this is the attitude of Pakatan Rakyat supporters, then Barisan Nasional needs not work too hard to hold on to power. The attitude of the opposition supporters is enough to turn people against Pakatan Rakyat. And I do not blame Tunku Abdul Aziz if he decides to leave DAP. After what many of you have said about him, I really do not see any reason for him to stay in DAP. Maybe other Malays too would reconsider their decision of joining DAP. And it is not Umno that is the reason but because of the mentality of the opposition supporters.”(RPK dalam Political strategy of cows)

Apa lagi yang boleh saya katakan di sini, sedang RPK sendiri tidak mampu melayan attitude pembangkang dan penyokong-penyokongnya.  Begitulah gambaran sebenar mereka yang inginkan perubahan dalam Malaysia.  Apa yang ingin diubahkan, sama-sama kita fikirkan dan sama-samalah kita nilai sendiri mereka-mereka ini.

Negara adalah wajah dunia yang kita inginkan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: