Tentang GMOM

“…Many people assume that “seeing is believing” without questioning whether the ways they have organized their perceptions are accurate…”  (Anom).

Perkataan ‘Filsuf’ diambil daripada Bahasa Indonesia bermaksud seseorang yang mendalami bidang falsafah, atau bolehlah disebut sebagai ’Pencinta Kebijaksanaan’.  Manakala ‘Ipsa Scientia Potestas Est’ pula diambil daripada Bahasa Latin yang dalam Bahasa Inggeris bermaksud ‘Knowledge Itself is Power’ atau dalam Bahasa Melayu bermaksud ‘Ilmu Adalah Kuasa’.  Tiga elemen penting iaitu Cinta, Ilmu, dan Kebijaksanaan diadun bersama sebagai rencah membentuk Gagasan Minda Orang Muda.

Melihat keadaan semasa secara universal stand point; mencari solusi dengan mengenal pasti the root of cause, supaya tidak terikat dan condong terhadap sesuatu aliran pemikiran, ideologi, dan kepartian. Pastinya, ia tidak terbatas tentang perihal di Malaysia sahaja, malah di peringkat global agar menjadikan dunia ini indah untuk didiami.

Selain penjanaan revolusi fikir; seiring dengan keperluan semasa, suatu transfomasi pemikiran juga perlu dicanangkan kepada setiap di kalangan kita (Orang Muda pastinya). Justeru, sekiranya anda adalah Orang Muda yang segar akalnya dan cinta akan negara, maka di sinilah tempatnya kita duduk berbincang.  Kita sumbang sesuatu untuk kebaikan dan kemajuan negara dan dunia.

Untuk itu, anda (Orang Muda), tidak kira dimana anda berada, mari bersama-sama berganding bahu, melakar masa depan negara yang kita inginkan. Segalanya bermula di sini, dan di saat ini.

Ayuh rapatkan saff, Orang Muda…!!!

Al-Filsuf

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: