Permasalahan Kritikal Yang Dihadapi Malaysia

Perubahan sebenar

Perubahan sebenarSebelum saya berbincang lanjut tentang kemana arah tuju kita seperti yang telah diberitahu dalam posting yang lalu, sebaiknya saya berbincang dahulu tentang sejarah negara sebagai asas pemahaman kita dalam konteks semasa.

Hari ini kita disajikan dengan satu isu yang tidak masuk akal, tentang Nasharuddin Mat Isa yang didesak oleh Pemuda Pas agar keluar parti.  Ini adalah gara-gara gambar yang tersiar dengan meluas di ruang siber, yang menunjukkan beliau duduk bersama Datuk Seri Najib di Mekah.  Wajarkah desakan tersebut?  Islamik-kah tindakan Pemuda PAS tersebut hinggakan orang PAS tidak boleh bersekedudukan dengan orang UMNO?

Selain daripada itu, isu tema Hari Kemerdekaan negara pada tahun ini juga menampakkan betapa situasi kritikal yang berlaku dalam negara.  Kerajaan menggunakan menggunakan tema: “Janji Ditepati”, manakala pihak pembangkang menggunakan tema yang berbeza, iaitu: “Sebangsa, Sejiwa, Senegara”–sungguhpun pada awalnya, tema dibeberapa buah negeri di bawah penguasaan pembangkang juga berbeza-beza.  Apakah ertinya semua ini?  Wajarkah keadaan sebegini berlaku di sebuah negara yang akan menyambut kemerdekaannya yang ke-55 tahun?

Dan isu yang paling hangat adalah isu hudud dikalangan Pakatan Rakyat (PR).  Isu ini berpunca daripada kenyataan Nasrudin Tantawi semasa debat di antara beliau dengan Fathul Bari.  Nasrudin begitu riak dan bangga menjatuhkan Fathul Bari apabila beliau meminta agar Fathul Bari mengemaskini maklumat tentang Hudud yang ditolak DAP.  Dan semenjak itu, isu Hudud kembali segak dibincang dan didebat. Persoalan saya, bagaimanakah keadaan sebuah negara yang diperintah oleh sebuah kerajaan yang tunggang-langgang?  Maksud saya, perkara asas yang tidak disepakati bersama.  Bagaimana untuk mengurus-tadbir sebuah negara sedangkan permasalahan asas itu pun tidak berjaya diurus-tadbirkan?

Isu-isu di atas adalah antara contoh-contoh yang diberikan dalam memperjelas situasi kritikal dalam negara. Suatu keadaan cemas dimana, masyarakat tidak terorganisasi dengan sebaiknya.  Sentimen perkauman dan persepsi masyarakat terhadap suatu isu nasional begitu menebal dan tersasar.  Gambaran ini saya rangkumkan ia menjadi satu permasalahan kritikal yang paling utama perlu diselesaikan segera, iaitu penstrukturan semula masyarakat.

Sebenarnya, permasalahan penstrukturan masyarakat bukanlah suatu yang baru.  Ia merupakan suatu perbincangan dan perdebatan yang kompleks.  Permasalahan ini seringkali wujud pada ketika sesebuah negara ingin mencapai kemerdekaannya, dalam konteks pembentukan negara.  Bagi Malaysia, permasalahan ini telah direkodkan seawal sebelum negara mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957. Ironinya, permasalahan ini masih wujud hingga ke hari ini, saat usia negara ingin memasuki 55 tahun.

Penentangan orang Melayu terhadap rancangan Malayan Union (MU) oleh British pada tahun 1946 sehingga tertubuhnya UMNO, adalah detik awal punca permasalahan yang dapat dikesan.  Orang Melayu menentang rancangan British yang ingin memberikan kerakyatan kepada Bukan Melayu secara automatik melalui prinsip jus soli. 

Penentangan orang Melayu tersebut adalah disebabkan rasa khuatirnya akan penguasaan asing yang berterusan terhadap penduduk asal Tanah Melayu pada waktu itu.  Ini kerana, tujuan bukan Melayu (Cina dan India) datang ke Tanah Melayu adalah atas urusan ekonomi, ia bersifat sementara.  Jadi, nilai kewarganegaraan dan keikhlasan mereka dipersoal.  Apatah lagi, mereka membawa dan mempertahan budaya-budaya negara asal masuk ke Tanah Melayu.  Hal ini sudah pasti mendapat tentangan hebat orang Melayu sendiri.

Bersambung…

Leave a comment